Label

,

Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Hari ini kita kongsi tip membaca dengan cepat dan berkesan, untuk pemahaman artikel, majalah dll tetapi tidak sesuai untuk bahan bacaan berat…buku accounting, investment, medic dan seumpamanya.

Teknik membaca ni penting supaya kita dapat jimat masa. Beberapa minggu lepas, saya buat persediaan untuk pembentangan tentang Isu harga minyak naik (Crude Oil). jadi, sebelum pembentangan, saya akan dapatkan sedikit sebanyak maklumat sekurang-kurangnya daripada beberapa artikel. Alhamdulillah, tidak susah nak dapatkan artikel tentangnya memandangkan itu adalah isu yang paling popular dalam ekonomi baru-baru ini. Cuma, setelah baca 2 artikel, saya lambat nak faham tentang kaitannya dengan kadar faedah atau senang cerita relationship between interest rates and oil prices. Adakah sama macam saham atau currency? Kadar faedah naik kemudian oil price berubah, ke macam mana? Puas berfikir, saya cari lagi artikel lain…jumpa juga, tapi far slow to understand. Ayat yang digunakan terlalu teknikal ditambah pula dengan candlestick chart yang saya tidak begitu reti untuk faham.

Nasib baik ada lecturer yang tak kisah di tanya walaupun jumpa di koridor. Barulah faham. Terima kasih Prof Khalil.

Oh panjang pula certinya. coming back kepada yang tadi!

Tip ini saya dapat dari salah seorang pensyarah saya, dan mungkin juga pensyarah anda. Atau anda pernah baca di mana2, tak kisahlah. Saya bukanlah seorang yang pro pasal ini tapi untuk berkongi pendapat, tak jadi masalah kan.

Begini caranya ;

1) Preview – Baca artikel begini, mula-mula baca 2 perenggan pertama dalam artikel tu, kemudian baca 2 perenggan akhir, dengan ini anda akan mendapat gambaran menyeluruh tentang apa yang penulis itu ingin sampaikan. Dan untuk perenggan-perenggan lain dalam artikel itu, anda baca ayat pertama. Ini kerana, overall idea penulis biasanya berada di bahagian itulah. Jimat masa bukan?

2) Skimming – go through every line very fast. Baca setiap baris dengan cepat. Cepat di sini maksudnya 3-4 patah perkataan sekali pandang. Ini kerana, pandangan mata anda mampu malihat beberapa patah perkataan sekaligus.

3) Scanning - Lihat pada soalan dan spesific information daripada text. Lihat pada maklumat yang specific. Contohnya, jika anda membaca artikel berkaitan harga minya, anda ingin tahu tentang punca kenaikan harga minya, jadi fokus mata anda kepada perkataan seperti “antara faktor/punca/sebab/dipengaruhi oleh/kesan daripada/ dsb”.

4) Jangan membaca dengan mulut – tak payah keluar suara. Memenatkan je, sebab anda baca tak buka mulut anda faham juga.

5) Jangan guna jari untuk menunjuk perkataan yang anda baca - ini juga antara faktor yang melambatkan pembacaan.

Inilah cara membaca secara professional untuk mendapatkan maklumat dengan cepat dan berkesan.

p/s – Jika anda masih tidak faham apa yang anda baca, dapatkan bantuan daripada orang lain yang arif, biasanya mereka boleh terangkan dengan bahasa yang mudah untuk anda fahami. Tapi bukan senanga nak dapat.