Arkib bagi Kategori ‘BLOGGING’
Minggu Peperiksaan dah Mula, UPIC dan GEMS utk pelajar tahun akhir
Hah memang lama betul tak update blog ini, blog lain sama juga. Sebetulnya aku lebih banyak update di facebook berbanding blogging. Tak mengapalah, bila lepas musim exam ni, banyak masa utk update blog. Boleh kembali berblogging lah.
Mulai 31 hb October ni, peperiksaan akhir aku akan bermula, iaitu kertas Strategic Management, dan diakhiri dgn Audit pada 15 November 2009. Semuanya ada 5 subjek yg tak perlu aku tulis kat sini.
Untuk kawan-kawan yang akan exam, selamat maju jaya aku ucapkan. Untuk adik-adik yang akan duduki SPM pun selamat maju jaya juga. Buat yang terbaik kay!
Omm..ni makluman utk pelajar tahun akhir mana-mana IPTA, kalau korang berminat, korang yg minat investment boleh usha website ni, www.upic.com.my. Ini program bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Aku dah dengar taklimat dr orang UPIC ni khamis lepas, memang menarik giler program ni, tp dorang nak 25 orang utk satu universiti. Sapa yang dapat anda memang bertuah! Ha’a bertuah!
Atau website ni, Graduate Employability Management Scheme (GEMS) Ni ialah Program Perantisan Siswazah di bawah Khazanah Malaysia Berhad. Borang permohonan korang boleh download di sini http://www.mygemsportal.com.my/ pastu hantar borang lah. Boleh hantar online. Apa-apa pertanyaan korang tanya atau berhubung dengan Puan Dayana Md Ali (03-8883 6549), Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pengajian Tinggi
Satu lagi sapa2 yang hantu facebook macam aku ni dah tentu tak best dengan layout baru facebook kan? Jika korang tidak suka layout FB baru, korang dapat mengubahnya! Lihat pada menu pada sebelah kiri laman utama dan klik MORE. Kemudian seret/drag STATUS UPDATES ke bahagian atas senarai itu. Selepas STATUS UPDATES berada di atas, klik padanya. Ia akan menjadi laman utama korang, seperti sebelumnya. Kongsilah info ini dengan teman lain. (Kredit kepada Azzah Abd Rahman)
Oh banyak betul peluang sekarang ni, Grab iT!
server kena hack

tangan kiri aku gatal je dari petang semalam. betullah kata orang tua-tua, tu tanda nak rugi. dan memang rugi.
atoqa.com down sejak jam 7:45 pm malam semalam sebab kena hack, iaitu June 15 2009. aku dapat tahu sebab ada orang call aku minta nombor akaun bank dan dia yang beritau aku yang dia tak boleh akses atoqa.com
Ini kali kedua dalam tempoh 12 bulan ini web tu down. sebelum ini iaitu pada bulan puasa yang lalu, atoqa.com down sebab server terbakar. dulu dan sekarang, server untuk atoqa.com duk di US. aku ada beberapa hosting akaun di Malaysia, tapi belum bercadang nak pindah akaun tu ke server di Malaysia. tengok la lepas ni aku mungkin pindah kot. atau aku mungkin beli domain dan hosting baru dan redirect atoqa ke tempat baru.
menjadikan masalah ni bertambah teruk, laptop aku baru lepas kena format dan latest backup pun tidak ada selepas format..rasa amat geram dan kecewa.
pengajarannya, aku kena pastikan sentiasa buat backup dan simpan backup baik-baik. semoga tidak berulang lagi di masa-masa akan datang.
update : dorang dah restore ~ sekarang dah ok
Celcom broadband tak boleh connect lagi ~ buat macam ni
Ni note aku untuk rujukan aku pada masa hadapan. Penin betol hari ni sebab dari jam 8:45 am sampai la jam 4:59 pm aku tak boleh guna celcom broadband aku.
Mula-mula tu aku call 1111 celcom customer careline. tapi jawapan dia macam biasa lah.
“Cik dah unplug dan plug in balik ke modem tu?”
“Cik dah restart laptop or computer cik?”
“Cik dah uninstall dan reinstall modem tu?”
Grrr. Aku pun letak telefon.
2 jam pastu aku call lagi kali kedua.
Aku pun cakap kat dia error message yang keluar. Si staff yang jawab call tu cakap celcom broadband ada network failure jadi aku kena ubah setting network connection. Aku pun ubah la dari A1 ke celcom3g (setting yg connection baru). Pastu tak jadi jugak. Disebabkan aku rasa problem ni bukan dipihak aku sebab di cakap ada network failure, aku suruh la dorang report kepada bahagian teknikal. Dia suruh aku continuously connect kalau tak dapat jugak call balik.
Aku pun duduk rilek-rilek dengan anak-anak sedara aku yang comel-comel, layan dorang dan pastu keluar gi shopping di KB Mall. Ketika duk KB Mall tu ada orang call aku dia cakap dia hantar email minta satu quotation. Aku cakap kat dia yang aku akan reply dalam 24 jam.
Balik rumah terus je aku cuba connect tenet ni. Grrr. Tak dapat lagi beb. Nak call customer careline celcom, aku dah malas dah..tapi aku call jugak. Kalau tak call dorang, kat sapa lagi aku nak call?
Kali ni staff pompuan yang jawab. Dia tanya aku error number, pastu terus ke teknikal untuk bertanya. Dia pun bagitau aku, kemungkinan masalahnya di laptop aku sendiri. Yang betol aku heran kenapa staff 2 orang yang sebelum tu tak cakap pun kemungkinan kerosakan pada sistem laptop aku pastu siap ngaku network failure di pihak dia?
Oleh kerana staff yang ketiga tu cakap kemungkinan besar kerosakan pada laptop aku, aku pun mula-mula skali SCAN LAPTOP NI DGN ANTIVIRUS KASPERSKY. Masih tak jadi.
Pastu, BLING!!! Restore saja laptop ni kepada tarikh sebelum ia beronar. Jadi lepas ni untuk error 720, aku akan buat macam ni lagi.
Start menu > All programs > Accessories > System Tools > System Restore.
Lepas 3 kali restore, aku pun dah boleh connect balik dgn tenet.
PS: Sepatutnya customer careline masukkan restoration dalam senarai jawapan yang dia nak beri pada pelanggan dorang.
Last minute deal, tapi kalau boleh jangan cari di saat akhir
Selamat cuti sekolah adik2. Uish lambat betol aku ucap. Btw, aku agak hari ni dah mula berkurang sedikit kadar occupancy di hotel-hotel di Malaysia ni, sebabnya hari ni dah mula kerja dah bagi Malaysia ni, dan budak2 sekolah pun dah mula ada kelas tambahan. Jadi hari ni aku kurang sibuk. Call pun tak serancak 2-3 hari lepas. Tak silap aku, tarikh 5 dan 6 june lepas, handphone sony ericsson k800i dan PDA HP ipaq aku tu cepat sangat habis bateri sbb terima terlalu banyak call. Biasanya handphone tu bateri dia boleh tahan 2 hari kalau banyak call pun, tapi hari tu tak sampai satu hari pun dah kena charge balik.
Ehem2, ni aku bagi tip untuk korang dapatkan hotel di saat-saat akhir, di kala semua hotel yang korang nak sudah penuh. Maklum aje kalau nak holiday during peak season ni, korang jangan terjah-terjah. Pastikan buat reservation terlebih dahulu sekurang-kurangnya sebulan sebelum datang. Pastu pastikan bayar deposit untuk reservation untuk bagi gerenti pada pemilik perniaggan bahawa korang akan datang. Tak boleh ke tak bayar deposit? Frankly speaking, you have to pay. Kerana ini ialah bisnes, bukan bermaksud pemilik hotel tu saja2 nak collect deposit, tapi itu cuma sebagai jaminan. Jujurnya aku cakap, itu untuk elak penipu yang saja suka-suka atau main-main buat reservation. Alaaa…macam spam la. Sebab tu dorang collect deposit.
Collect deposit untuk tempahan penginapan ni tidak sama seperti collect deposit yang termaktub dalam BAFIA. Itu tidak sama malah langsung tiada kaitan. Jangan salah faham ye
Oh jauh pulak melencong. Coming back kepada tipnya. Katakan bila korang call dan orang yang jawab call tu cakap, “Maaf encik, we are full ou house”. Korang jangan letak telefon, tapi minta dia carikan untuk korang. Cakap macam ni ke, “Encik boleh tak recommend pada saya mana-mana hotel yang available sekarang? Dah berpuluh hotel saya call, tapi tak ada yang available..” Orang yang jawab call tu aku selalunya ada berpuluh-puluh contact list yg dia boleh recommend untuk korang. Kecuali kalau dah memang langsung tak ada, baru dia akan cakap tak ada. Tip mudah kan
PS: Harap-harap lepas ni, aku tak jumpa orang tido dalam kereta sebab tak ada penginapan. Kepada tetamu-tetamu aku semua, SELAMAT DATANG KE KELANTAN YE! Jangan lupa ke Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Pasar Siti Khadijah. Jom SHOPPING!!
hairan betol!
tak da apa aku nak tulis hari ni. cuma nak postkan screenshot dr statistik blog ni dan web aku tu. ada sekali-sekala aku heran dgn apa yang orang cari di internet. screenshot tu adalah dari statistik blog ini (wordpress) dan juga statistic for atoqa berdasarkan awstat.
ini biasalah..aik2 popular jugak atoqa ni eh! har har har

cari hotel di langkawi tp jumpa guesthouse in kelantan? eh eh eh
cari siti nurhaliza ke? sapa nak sewa honda odyssey secara online? eh eh eh

tengok tu, ada orang cari emel address aku di search engine? eh eh eh
lesen premis dbkl? apa kaitan dgn web aku?

lot 455 berek 12?tu lot rumah aku. sapa yg cari alamat rumah aku di search engine? eh eh eh
tak mengapalah, aku tak nak sakitkan kepala fikir benda-benda ni semua.
BOTOX, PLASTIC SURGERY
Uiks! ramai betul yang cari rumah untuk disewa semenjak dua menjak ni. tak kisah la..kalau korang perasan, minggu sudah blog ni guna template yg simple je. jadi ini template baru. sama juga dengan blog dikelantan, itu pun aku baru tukar dengan template baru. blog2 lain aku tak tukar template. biarkan mereka. jadi blogs aku baru lepas kena botox dan sedikit plastic surgery.
aku suka ubah2 template ni. dan dari pemerhatian aku, template blog atau website ni memainkan peranan penting dan amat penting. sama juga ketika web atoqa tu menggunakan template bernama “earthling”. mungkin template tu tak sesuai agaknya..kerana sepanjang 3 minggu menggunakan template tersebut, sales atoqa menurun. pastu bila tukar pakai design template sekarang ni, sales kembali ok dan up juga la.
mungkin sales menurun disebabkan loading page nya yang perlahan, sekarang dengan template baru yg ringan menjadikan loading page nya cepat sedikit berbanding dahulu. btw, aku tak pernah beli template, samada untuk joomla, blogger atau wordpress.
aku cuma cari template (atau themes) yang lawa2 di google, kemudian download dan edit sedikit. apa yang aku edit? aku akan buang copyright…biasanya kalau wordpress, aku delete sahaja “this blog is powered by wordpress, designed by xxx…bla bla bla” kemudian aku akan ganti dengan mana2 yg aku nak. dari apa yang aku baca dalam buku Gobala Krishnan, interview bersama Vince Tan. dia kata ini penting untuk search engine, dia kata tweaking ini tak salah, cuma dari segi etika aku rasa tak bagus. tapi aku buat jugak. itu sahaja yang aku buat, lagipun aku tak reti sangan black hat teknik ni.
4 bedroom guest house will be renovated in this coming june
dua kali aku update blog ni hari ni. kerja aku hari ni dah beres dah. akaun2 aku dah settlekan, dah pegi ke digi centre untuk tamatkan nombor digi aku (tapi aku kena tangguh dulu proses penamatan atas sebab yang tak dapat dielakkan), dah pergi ke celcom centre upgrade plan celcom. sekarang ni aku duk berfikir-fikir untuk buat renovation untuk rumah tumpangan aku yang 4 bilik tidur tu. memandangkan aku ada banyak masa terluang pada bulan jun ni, maka bulan jun ini lah aku nak buat renovation sikit untuk rumah tu. tak banyak. sikit sahaja. aku bukan pandai design mendesign ni, tak macam eric.
rumah tumpangan yang 4 bilik tidur tu sebenarnya rumah yang paling best di kalangan rumah-rumah yang aku abah aku ada. sebabnya, rumah tu ada bilik besar (10″ x 20″ = 200 kaki persegi). bilik ni ada tingkap di sekeliling bilik dan yang bestnya ia mengadap sungai (tetamu aku panggil sungai ~ tapi aku panggil tali air
). pastu satu lagi bilik tidur mengadap kebun abah aku. kebun ke dusun? ada banyak pokok pisang situ. memang greenery surrounding. bukan aku yang cakap, tapi tetamu-tetamu aku yang cakap.
design macam mana yang aku nak buat ni? cat baru dan langsir baru, dan beberapa lagi benda lain yang akan aku fikir-fikirkan nanti. tapi jangan bimbang, apa-apa sahaja kemudahan yang aku tambah untuk rumah tu, aku tak akan tambah harga (kecuali kalau aku cakap aku nak tambah harga, tapi sekarang aku tak cakap nak up harga).
minggu depan nampaknya aku offline untuk seminggu, sebabnya aku akan ke pedalaman kelantan. kena masuk ladang, ladang tu bukan di kota bharu (di kota bharu tak ada ladang) tapi di daerah jeli dan jaraknya kurang 2 jam setengah dari kota bharu. ni la pertama kali aku masuk ladang, sebelum ni duk masuk kebun atau dusun abah aku di pengkalan chepa atau pun di panji yang luas setiap satu kebun tu tak sampai 1 ekar pun. di ladang tu orang pejabat aku cakap ada chalet, tapi tak taulah macam mana facilities chalet tu. tak kisah laa..aku bukan berkira sangat. ada tempat untuk tidur dan untuk sembahyang, ok la tu. (uwwah macam ada pengalaman jadi backpacker je)
jadi, disebabkan ladang tu duk di kawasan pedalaman..aku agak celcom broadband aku ni mungkin tak berguna. tengok la nanti macam mana. kalau aku update, maknanya aku boleh connect dengan internet. kalau tak boleh connect celcom broadband ni, aku tak update lah blog ni/blog tu/web aku yang lain. dan aku juga mungkin tak boleh login ke metatrader. mungkin juga aku tak dapat reply email dalam tempoh 24 jam (sebelum ni aku gerenti email replied within 24 hours kan?..nampaknya minggu depan aku tak boleh gerenti) allahu ‘alam
PS: Sempena SELESEMA BABI sekarang ini, Malaysia Airline System (MAS) dah cancel fee untuk batalkan penerbangan ke mexico kan? tangguh dulu la melancong ke luar negara buat masa ini. adik aku pun dah batalkan plan untuk pegi singapore hujung bulan ni. duk rumah aje la atau melancong saja dalam Malaysia yang permai ini.
PS: sebenarnya aku tak tau nak beza antara kebun dan dusun. tapi aku bagi gambaran macam ni ok. tanah tu abah aku tanam pokok-pokok kelapa jenis pandan. pastu ada lagi pokok-pokok mangga dan rambutan. tebu pun ada. durian tak ada. kadang-kadang dalam kebun atau dusun tu ada tumbuh cendawan butang. tapi tengok pada musim la, dia tumbuh sendiri. tak payah tanam. dah la, aku nak berkemas-kemas untuk outstation.
“budak tu baik”
har har har hepi aku pagi ni sebab dengar orang puji aku. kembang je hidung ni. tiap-tiap pagi, rutin harian aku ialah bangun tido, pastu bersiap dan makan pagi dan buat kopi latte dan pegi ke tempat keje praktikal. aku parking kereta di wisma abrar dan berjalan ke bangunan pkink (bayar parking rm45 sebulan, anda nak parking situ pun boleh jugak). jalan sikit je, tak berpeluh pun. tiap-tiap pagi ada pakcik cleaner yg cuci bangunan situ. tiap-tiap pagi aku jalan keluar dari kereta akan nampak mereka itu.
dah dorang pandang aku, aku senyum dan angkat tangan je, lambai sikit je. macam biasa. pastu aku dengar salah sorang pakcik tu cakap pada kawan dia..”budak tu baik” wakaka itu je aku tulis hari ni.
uwwah. pagi ni ada orang call aku tanya rumah untuk disewa di kelantan. pagi ni ada lagi orang call nak book rumah untuk 1 mei. 1 mei ni ada sua rasa di stadium sultan mohd IV. kalau ada masa aku nak pegi..tapi kemungkinan besar tak ada masa. btw, aku jangka hari ni hari yang sedikit sibuk. nak kena buat akaun bisnes aku dan satu company lain. nak update buku log yg dah sebulan outdated. nak pegi ke digi untuk matikan satu nombor telefon aku (bukan sebab digi tak bagus, tapi aku tak larat nak jaga banyak2 nombor..lagipun PDA aku tu tak best untuk call atau SMS sebab tak ada keypad).
oh ye, kawan aku pun dah ada blog skarang ni. personal blog. nak tengok klik sini. blog dia baru lagi. sama-sama kita tengok perkembangan blog beliau. fieza, update ah deh!
Aku nak tukar blog nih jadi personal blog
hohoho semenjak 3 hingga 4 bulan nih memang jarang aku update blog ni. amat jarang dan blog ni sebenarnya hampir terbunuh sebab tak ada orang jaga. cuma aku update yang pasal blog tok guru tu je dulu. itu pun selepas lama sangat tak update. bukan malas..tp masa tak cukup. alaa…bizi nyo.
nanti la. ada masa nanti aku rajin-rajin kan diri aku untuk update blog ni. apapun, aku suka blogging. tulis2 nih. aku tak boleh biarkan blog ni usang, sebabnya..penyumbang trafik tertinggi ke website guest house aku ialah dari blog nih (waa..aku puji wordpress ni). mungkin sebab versi 2.7.1 ini (ommm…maksud aku fungsi permalink nya yang boleh di edit-edit menjadikan ia lebih mesra google dan yahoo). dah la, aku tak leh nak cakap pasal Search Engine Optimization Technique (SEO), sebab aku tak pandai SEO. sikit-sikit tu boleh la. itu pun aku baca2 yg orang yg terer2 tulis je.
jadi, disebabkan blog ini adalah penyumbang utama trafik ke website guest house aku yg satu itu, maka aku kena jaga blog ni betol2. maintenance yg pada tahap bagus. ni lah blog kesayangan aku selain blog yg satu lagi tu (sayang sebab banyak bagi trafik ke web guesthouse aku).
sukacita aku maklum kan kat sini..untuk tarikh 1 mei ni, semua guest house aku di kota bharu dah penuh. kalu aku tak jawab panggilan telefon tu sebab aku dah agak, anda2 akan tanya pasal availability untuk tarikh 1 mei. btw, aku dah update dah website tu, dah tulis kat situ “we are full of house on 30 april – 1 mei” tapi ada juga yang call tanya utk tarikh tu..tak apa..aku jawab je. aaa, satu lagi, untuk tarikh yg dalam cuti sekolah ni, kalau tak silap aku 5-6 jun 2009 ni pun rumah tumpangan kami dah fully booked.
tapi, kalau dah full pun, aku boleh rekemen pada kawan2 aku. aku ada kawan2 yg buat bisnes guest house ni juga. aku boleh refer kan pada mereka. dan aku refer ni hanya kawan2 aku yang boleh provide good services saja. kalau tak bagus, aku tak boleh rekemen. tapi, kawan2 aku ni bukan sebaya aku la, dorang ni umur dah 40++. haha aku je yang 20-an lagi. atau anda2 boleh juga cari hotel-hotel di kota bharu kelantan.
BLOG TOK GURU – KENAPA TAK ADA
Get 100 Free Business Cards at OvernightPrints.com
Blog tok guru yang dilancarkan petang semalam di KB Mall Kota Bharu Kelantan memang dah lama saya tunggu. Saya tak nak komen tapi cuma lontarkan pandangan, klik ke blog tok guru dr pos BLOG TOK GURU DIBUKA HARI INI adalah 127 klik (sehingga saya post ini ditulis – terima kasih kepada tranungkite.com
dan saya tidak berapa banyak ia dicopy dan paste oleh blogger lain). Jadi saya tag kan BLOG TOK GURU di sini, supaya webmasternya tahu ia ditag. hehe
Saya tidak mahu buat apa-apa judgement kepada A’ptus Net, sebab saya sendiri bukan hebat dalam bab blogging ni. Cuma ini sekadar pandangan peribadi sahaja.
Apa fungsi simbol RSS feed kalau ia tak berfungsi ya? A’ptus Net…jangan malukan blog tok guru..(Omm blog che det pun tak ada fungsi RSS feed juga, biar lah che det tu).
Tak ada tempat nak komen..Blog che det ada tempat kita boleh post komen? A’ptus Net..ciri-ciri utama blog ialah mempunyai comment features. Blog-blog lain semua ada comment features..
Macam mana ni A’ptus?
UPDATED 28-03-2009
Hari ni lepas klik di simbol RSS tu, haa..dah berfungsi pun RSS feed dia. Ni linknya, klik saje kat sini.
Tinggalkan Komen
Tinggalkan Komen
Komentar (2)


