Arkib

Archive for the ‘BUDGET INN’ Category

Last minute deal, tapi kalau boleh jangan cari di saat akhir

Jun 8, 2009 atoqa Tinggalkan komen

Selamat cuti sekolah adik2. Uish lambat betol aku ucap. Btw, aku agak hari ni dah mula berkurang sedikit kadar occupancy di hotel-hotel di Malaysia ni, sebabnya hari ni dah mula kerja dah bagi Malaysia ni, dan budak2 sekolah pun dah mula ada kelas tambahan. Jadi hari ni aku kurang sibuk. Call pun tak serancak 2-3 hari lepas. Tak silap aku, tarikh 5 dan 6 june lepas, handphone sony ericsson k800i dan PDA HP ipaq aku tu cepat sangat habis bateri sbb terima terlalu banyak call.  Biasanya handphone tu bateri dia boleh tahan 2 hari kalau banyak call pun, tapi hari tu tak sampai satu hari pun dah kena charge balik.

Ehem2, ni aku bagi tip untuk korang dapatkan hotel di saat-saat akhir, di kala semua hotel yang korang nak sudah penuh. Maklum aje kalau nak holiday during peak season ni, korang jangan terjah-terjah. Pastikan buat reservation terlebih dahulu sekurang-kurangnya sebulan sebelum datang. Pastu pastikan bayar deposit untuk reservation untuk bagi gerenti pada pemilik perniaggan bahawa korang akan datang. Tak boleh ke tak bayar deposit? Frankly speaking, you have to pay. Kerana ini ialah bisnes, bukan bermaksud pemilik hotel tu saja2 nak collect deposit, tapi itu cuma sebagai jaminan. Jujurnya aku cakap, itu untuk elak penipu yang saja suka-suka atau main-main buat reservation. Alaaa…macam spam la. Sebab tu dorang collect deposit.

Collect deposit untuk tempahan penginapan ni tidak sama seperti collect deposit yang termaktub dalam BAFIA. Itu tidak sama malah langsung tiada kaitan. Jangan salah faham ye :-)

Oh jauh pulak melencong. Coming back kepada tipnya. Katakan bila korang call dan orang yang jawab call tu cakap, “Maaf encik, we are full ou house”. Korang jangan letak telefon, tapi minta dia carikan untuk korang. Cakap macam ni ke, “Encik boleh tak recommend pada saya mana-mana hotel yang available sekarang? Dah berpuluh hotel saya call, tapi tak ada yang available..” Orang yang jawab call tu aku selalunya ada berpuluh-puluh contact list yg dia boleh recommend untuk korang. Kecuali kalau dah memang langsung tak ada, baru dia akan cakap tak ada. Tip mudah kan ;-)

PS: Harap-harap lepas ni, aku tak jumpa orang tido dalam kereta sebab tak ada penginapan. Kepada tetamu-tetamu aku semua, SELAMAT DATANG KE KELANTAN YE! Jangan lupa ke Wakaf Che Yeh, Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Pasar Siti Khadijah. Jom SHOPPING!!

Manik Urai ~ eh aku terlepas pandang

Mei 25, 2009 atoqa Tinggalkan komen

sebelum tu aku nak ucap takziah kpd keluarga Allahyarham Ismail atas pemergiannya pada subuh jumaat lalu. aku tau berita tu pagi jumaat tu. tapi terlupa nak post kan news tu kat sini. 

tengah hari ni ada orang call aku, tanya jauh ke kota bharu dengan manik urai. baiklah, aku jawab jauh. lebih kurang 2 jam kalau dengan kereta. jadi kalau nak sewa rumah di manik urai sempena pilihanraya kecil ni, baik booking cepat-cepat ok! 

tapi, terus terang aku cakap…kota bharu dgn manik urai memang jauh. korang boleh cari penginapan yang dekat sikit dengan manik urai, samada penginapan di kuala krai atau penginapan di machang, btw aku rasa boleh duk di masjid je atau pejabat pas. akan dapat lebih aura pr! takbir!

bangunan baru dah siap dah

Mei 24, 2009 atoqa 2 comments

yess! bangunan baru aku kami dah siap dan ready to accupy. tingkat bawah semua dah ada penyewa. ini menunjukkan pelaburan hartanah di kelantan (dan kat mana-mana pun) memang pilihan yang bijak. aku nak letak gambar bangunan kami tu kat sini..tapi bila di cari-cari dalam laptop ni, tak jumpa. heran betol! tak apa la nanti aku ambik gambar lain. tapi gambar aku ambik tak lawa, aku memang tak pandai snap snap gambar nih. tak macam helmy the freelance wedding photographer tu.

bangunan tu dua tingkat je, bangunan kaler kuning betul-betul berhadapan masjid paya rambai di jalan bayam kota bharu kelantan. berdekatan dengan sekolah maktab pengajian islam, kat bawah tu ada restoren, depan tu ada juga kedai runcit, hotel dan sebagainya. 

jarak bangunan tu dengan pasar berek 12 ialah lebih kurang 2 minit..kalau jalan kaki pun berpeluh sikit je (dengan syarat jangan lari, berjalan perlahan ok :-) ) pastu jarak dgn wisma persekutuan, hotel perdana, hospital pakar perdana, medan usahawan, stadium ialah lebih kurang 2 minit jugak (driving la). jadi dari traffic light tu korang dah boleh nampak bangunan tu (sapa2 nak sewa dinding bangunan untuk pasang papan iklan boleh kontek aku). seriyes ni.

tingkat atas bangunan tu semuanya bilik. ada beberapa bilik (tapi lebih drpd 4, mungkin 5 mungkin 6 atau 7 atau lebih). setiap bilik luasnya 20″ x 20″ atau 400 kaki persegi. sekarang ni aku konfius tak tau nak buat apa dengan bilik2 tu. sebabnya setiap bilik tu ada bilik air. jadi aku fikir amat sesuai kalau jadikan bilik untuk disewa. tapi memandangkan lokasinya yg bagus, lepas difikir-fikir lagi dan mengambil kira pelbagai kos, kami pun membuat keputusan ia adalah bilik untuk disewa secara harian (bukan bulanan). kalau nak sewa secara bulanan kami dah ada bangunan lain di tengah-tengah bandar kota bharu.

bangunan ini juga belum lagi dikomersilkan. maksudnya aku belum lagi listkan ke laman web aku atau blog ini. dengan kata lain, itu adalah cawangan kami yg baru. tapi untuk tarikh 4, 5, dan 6 jun ini dah ada orang yg akan menginap. dengan berbesar hati nya aku buka pintu-pintu bilik untuk tetamu-tetamu aku. mereka ini adalah imam-imam dari kota bharu dan kuala lumpur, dan juga seorang ustazah yg akan menjadi tetamu pertama di bangunan tu. saja aku nak ambik berkat golongan imam..tak apa kan?

Peta tempat makan di kota bharu

April 28, 2009 atoqa 2 comments

sepanjang pagi ni aku buat peta di kelantan (kota bharu je) untuk tetamu2 aku. sebelum ni dah ada peta. tapi hari ni letak peta baru. peta tu simple je, tp ada aku tandakan tempat2 makan yang popular di kota bharu ni, terutamanya di berek 12. kalau nak tau tempat makan yang popular di kelantan ni kebanyakannya di berek 12. tak caya? percaya la. 

siapa2 yang nak datang kelantan, ni peta untuk restoren2 yg popular di kelantan. klik sini.

DI KELANTAN

Februari 24, 2009 atoqa Tinggalkan komen

Bandingkan harga – bagus nih!

Oktober 24, 2008 atoqa Tinggalkan komen

Ni dia website wutravel.com, pasal bandingkan harga hotel-hotel yang ada kat Malaysia dan kawasan sekitarnya. Bagus untuk membandingkan harga dan dapatkan harga terbaik sebelum booking atau buat reservation. Yep, Klik disini untuk buat perbandingan harga..tapi klik di sini utk guest house in kota bharu. he he

Guest house ni dalam taman ke?

Mac 1, 2008 atoqa Tinggalkan komen

Salam sejahtera,

Hari ini pos biasa sahaja, Cuma nak pos gambar-gambar di sekitar budget inn saya tu. Hairan ye, padahal saya selalu duk ‘berkeliaran’ di budget inn tu, tapi tak pernah pikir nak ambil gambar-gambar sekeliling. Bila tengok yang salah seorang kawan saya ambil ni, uissh..lawa! (sebab dia pandai ambik gambar) Nama beliau ada dalam gambar tu. Terima kasih Dr. Helmy J



…….bukan cadar je, tapi..

Januari 2, 2008 atoqa Tinggalkan komen

Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Hah! Nampaknya tajuk pos saya hari ini lain sikit. Saja nak bagi kelainan je ni.

Pos hari ini, tidak berkenaan baby investor, tapi lebih kepada aspek nak urus awak punya budget inn. Sebagai pengusaha rumah tumpangan atau budget inn, apa yang kita beri ialah kepuasan pelanggan. Menjadikan pelanggan selesa sepanjang percutian dan penginapan mereka.

Jika anda sebagai pelanggan pun, anda juga tentu mahukan perkara yang sama. Jadi, apa yang anda (sebagai pelanggan) mahukan, itu juga apa yang pelanggan anda mahukan dari anda. Dengan bahasa mudah, memastikan kepuasan pelanggan. Inilah antara perkara penting dalam perniagaan. Dan, anda tanyalah kepada mana-mana individu perniagaan, apa yang mereka mahu? Sudah tentu lah memaksimakan keuntungan dan meminimakan kos, bukan? Dalam kita nak maksimakan keuntungan itu, kualiti pun kena jaga juga.

Budget inn ke..rumah tumpangan ke..sama je tu. Penginapan selesa pada harga ekonomi. Mereka memilih penginapan sebegini bukan kerana nak jimat (walaupun ramai begitu tapi tidak semua begitu), mereka pilih untuk mendapat keselesaan dan biasanya mereka datang berkeluarga atau rombongan.

Bukan cadar yang ditukar setiap kali pelanggan keluar, tapi juga kebersihan. Macam iklan kementerian kesihatan tu lah, kebersihan harus diutamakan :-) Jadi, kenalah kita utamakan.

Saya selalu beritahu pelanggan saya, ”bila dah sampai di Kota Bharu, hubungi saya”. Bukan apa, tak nak nanti mereka sesat dalam Kota Bharu sedangkan mereka dah letih sepanjang perjalanan mereka.

Baiklah, cukup dulu untuk kali ini. Kita sambung lain kali pula ye.

Rumah Tumpangan, Rumah Tamu, Rumah Rehat, Guest House, Budget Hotel…Samakah?

November 5, 2007 atoqa 7 comments

KLIK DI SINI RUMAH TUMPANGAN DI KOTA BHARU KELANTAN

Sekarang ini aku duk berehat dengan relaksnya sambil menuggu pagi (sekarang jam 3:30 pagi) . . sebab tak mengantuk, sementara mengisi luang masa yang ada ini, aku ingin menulis sedikit tentang perkara yang sering ditanya oleh beberapa kenalan. Iaitu apa beza istilah-istilah di atas?

Ada beza kah? Sebenarnya tak ada beza. Semua ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama sahaja (berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya, jika tak setuju sila angkat tangan)

Kecuali budget hotel, aku rasa yang lain mempunyai ciri yang sama. Antaranya ialah pengusaha rumah tamu atau rumah tumpangan ini tak boleh caj services tax jika mereka tak ada cukup 25 buah bilik, sila rujuk Malaysia Taxation ye..chapter Hotel atau Hospitality. Kalau anda dicaj cukai perkhidmatan ketika menginap di budget hotel yang tak cukup 25 bilik, maka ini adalah tidak bagus. Nak kata penipuan bunyinya teruk sangat, tapi lebih kurang begitulah. Jika anda ke Kelantan, amatlah jarang rumah tumpangan mempunyai lebih 25 buah bilik. dah nama pun rumah, bukan hotel

Macam mana nak tahu mereka ada 25 buah bilik? Tanyalah pada tuan punya atau staf mereka, biasanya dan selalunya mereka akan jawab soalan-soalan begini.

Dan biasanya juga di Kelantan, rumah tamu, rumah tumpangan, rumah rehat ini mempunyai ciri-ciri rumah. Contohnya, rumah banglo yang ada banyak bilik, rumah semi-D, deretan rumah, dan macam-macam lagi. Tapi kebanyakannya ialah banglo. Tapi, jangan bimbang, banglo-banglo dan rumah-rumah tumpangan ini dibina khusus untuk aktiviti perhotelan, maka soal diganggu penghuni lain kemungkinan besar tidak timbul.

Oleh kerana ia mempunyai ciri-ciri sebuah rumah, sudah tentulah ia mempunyai ruang perking yang luas dan cukup untuk menampung jumlah kenderaan pengunjung. Sebab tu ruang parking di guest house suma luas2 belaka.

Cuti sekolah akan datang, aku sudah boleh bayangkan pengunjung yang akan datang ke Kelantan dan kesesakan di Pengkalan Kubor, Rantau Panjang, Pasar Siti Khadijah. :-) Oh ya, kepada anda yang ingin berkunjung ke Kelantan, selamat datang ye.

Budget Hotel: Apa Pelanggan Mahu?

Oktober 30, 2007 atoqa Tinggalkan komen

Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Sehingga kini, saya kurang pasti apa yang paling pelanggan mahukan apabila menginap di budget inn kami. Yang pasti, mereka mahu menginap ;-) , tapi apa yang paling mereka mahu ketika menginap.

Sebenarnya, boleh dikatakan hampir pasti pelanggan akan bertanya tentang tandas atau pun bilik air. Majoriti daripada pelanggan kami tidak gemar berkongsi bilik air. Kebanyakan mereka akan tanya “bilik air di setiap bilik ke?” dan jawapan kami ialah “ya!”. Sebetulnya, saya juga jika sebagai pelanggan, saya akan tanya soalan yang sama. Jadi, berdasarkan pemerhatian saya, saya buat kesimpulan begini, apa yang pelanggan mahukan ialah:

  • Bilik air di setiap bilik – Sudah tentu mereka mahukan privacy. Saya percaya anda juga begitu (amat jarang pelanggan yang tidak kisah tentang ini).
  • Ruang Parking yang luas – Tak kiralah di mana sahaja, saya juga ada bertanya kepada beberapa pengusaha lain-parking merupakan antara perkara terpenting yang patut diberi perhatian. (Sebab itu kami menyediakan ruang parking lebih suku ekar untuk anda!)
  • Tidak bising dan tidak terganggu oleh bunyi bising atau tidak diganggu oleh penghuni lain.
  • Harga yang berpatutan dan munasabah.
  • Televisyen & Cerek Elektrik, sejadah, peta kota bharu
  • Penghawa Dingin (ada juga pelanggan yang tidak kisah ada penghawa dingin atau tidak, tapi kami sediakan untuk anda, anda boleh memilih untuk menggunakannya ataupun tidak).

p/s: ini hanyalah pandangan peribadi (saya belum lagi membuat survey tentang perkara ini, insyaallah saya akan buat pada masa akan datang).