Arkib bagi Kategori ‘BUSINESS’

Berpeluh.. panas nih!

Minggu ni merupakan minggu ketiga semester Julai-November 2009. Semester lepas (Part 7) aku tak masuk kampus sebab buat latihan praktikal. Semester sebelumnya, iaitu semasa aku part 6..aku masih lagi ingat masalah air di luar kampus uitm machang.

Aku non-resident (NR), iaitu status bagi siswa atau siswi yang tidak menginap di kolej dalam kampus.

Masalah tu rupanya walaupun sudah lebih setahun, masih belum selesai malah bertambah teruk. Krisis air. Ketika aku part 6, ada juga aku hubungi Air Kelantan Sdn Bhd, dorang kata masalah air tu disebabkan paip bocor. Itu awal tahun 2008. Ini sudah tengah tahun 2009. Aku fikir bila balik ke kampus semester ini, masalah ini sudah selesai. Rupanya walaupun sudah setahun masih belum selesai malah bertambah teruk. Paip bocor lagi kah? Bengong betul kalau tak settle lagi.

Sepanjang semester ini, belum ada satu hari pun yang clear. Kalau ada air pun sebelah pagi..masuk jam 8 pagi air pun mula mengecil dan tiada. Kalau ada pun, air kencing lebih laju dari air paip!

Tapi yang betul aku hairan dalam kampus sentiasa ada air. Ini bukan sahaja rungutan aku seorang, malah rungutan majoriti rakan-rakan aku dan masyarakat setempat. Budak-budak dalam kampus amat didahulukan berbanding penduduk luar kampus. Air Kelantan Sdn Bhd menjadikan masyarakat luar kampus macam anak tiri walaupun kami bayar.

Ada aku terfikir untuk minta tuan rumah buat satu telaga, orang sini panggil “boring” yang pakai pam air tu. Masalahnya sini kawasan berbukit, kena gali paling tidak 100 kaki baru boleh dapat air yang bagus. Tuan rumah macam tak nak buat. 100 kaki itu amat dalam sebabnya di rumah aku di Kota Bharu cuma 35 kaki sahaja. Ish susah jugak. Sepanjang 2 minggu ni aku belum basuh baju lagi. Nampaknya baju-baju kotor tu aku kena bawa balik basuh di rumah aku di Kota Bharu atau hantar dobi di bandar Machang la.

Hmm…bil air bila kita tak bayar dia boleh potong. Tapi bila dia tak provide service yang sepatutnya kepada kita..kita nak potong dia jugak? Atau komplen kpd KPDN? Air Kelantan Sdn Bhd memang buat aku sakit hati. Aku tagkan kau kat sini! Encik webmaster jangan buat-buat tak tahu.

Monopoli kadang-kadang memang tidak bagus.

PS: atoqa is sweating hot in Machang.

Daftar perniagaan: Mudoh jah

Ini cerita pasal cara nak pilih nama bisnes. minggu lepas ada orang tanya aku macam mana nak daftar perniagaan. aku cakap kat dia, encik pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan isi borang daftar perniagaan. pastu dalam satu jam dah selesai la proses pendaftaran perniagan.

aku pun tanya la dia, bisnes nama apa? dia cakap XXXX Sdn. Bhd. aku tanya dia lagi, nak daftar perniagaan ke nak daftar syarikat? dia jawab, “nak daftar perniagaan la cik siti”..

weng weng weng

daftar perniagaan tak sama dengan daftar syarikat.

senang cerita hari ni aku nak buat notes untuk daftar perniagaan. next time aku tulis pasal daftar syarikat. tapi sebelum tu aku nak buat disclaimer. post ini hanya notes aku sahaja. sekadar notes dari pengalaman melakukan pendaftaran beberapa syarikat, ulang-alik dan naik turun Suruhanjaya Syarikat Malaysia..cuma dari pengalaman dolu-dolu.

cara mudah daftar perniagaan, korang pergi sahaja ke SSM dan beritahu kakitangan bertugas, “Saya nak daftar perniagaan”. Maka kakitangan tu pun mungkin tanya, “Nak guna nama sendiri ke atau nak guna nama lain?” pastu dia pun bagi borang.

# Jangan lupa bawa salinan fotostat kad pengenalan dan duit.

# Sekarang ini proses angkat sumpah di suruhanjaya sudah tidak diperlukan. oleh itu, jika nak buat perniagaan perkongsian, semua pekongsi perniagaan perlu hadir ke SSM. tidak boleh wakil. kalau 10 orang partner, semua 10 orang kena pergi.

kalau nama sendiri, contohnya nama aku “ali bin abu” maka daftar guna nama sendiri jadi macam ni “perniagaan ali bin abu”. yurannya ialah RM30.

kalau tak nak guna nama sendiri sbb nama sendiri tak ada nilai-nilai komersil, korang boleh guna nama lain, contohnya “The Guest Residence” atau “Kelhome Trading” atau “Dealkhan Enterprise” dan lain-lain lagi. yurannya ialah RM60. setiap satu cawangan yang kita ada, tambahan yuran rm5 untuk satu sijil daftar perniagaan.

tetapi, penggunaan nama lain ini bergantung kepada availability. dalam borang cadangan nama, kita diberi 3 pilihan cadangan nama. tapi kalau nak cadangkan lebih dari 3 pun boleh je,

contohnya, aku nak buat hotel, nama-nama yang bermain-main dalam fikiran aku contohnya:

  1. hotel perdana
  2. hotel grand riverview
  3. hotel best kelantan

nama yang pertama tu dan nama yang kedua tu tidak available sebab dah ada bisnes yang nama macam tu. yang ketiga tu yang available. jadi nama yang ketiga itulah yang akan didaftarkan.

nama-nama yang kita pilih ini pula mestilah nama-nama yang munasabah. ada sesetengah nama yang tidak dibenarkan digunakan langsung, ada nama yang perlu mendapat kelulusan menteri berkenaan dan sebagainya. yang ni boleh rujuk seksyen 22 akta persyarikatan malaysia 1965.

lepas tu hantar borang yang diisi tadi kepada kaunter dan tunggu sehingga sijil pendaftaran perniagaan siap.

PS: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Kelantan berada di tingkat 2,3 dan 4 Kota Sri Mutiara (atau lebih popular dgn nama bangunan billion @ hotel renaissance kota bharu)..tingkat 2 untuk urusan daftar perniagaan dan daftar syarikat. tingkat 3 untuk dapatkan maklumat perniagaan, perbaharui lesen perniagaan dsb. tingkat 4 tu ofis dia. boleh parking kereta dibawah bangunan Kota Sri Mutiara dengan caj RM2 sekali masuk.

PPS: Isi borang daftar perniagaan adalah amat mudah, dan panduan mengisi borang juga ada disediakan di papan kenyataan. jadi tidak perlulah membazir duit mengambil khidmat ulat-ulat di luar SSM bagi tujuan pendaftaran.

PPPS: Kalau tak nak pergi SSM, tidak mahu menunggu dan mencari parking, boleh juga daftar secara online di http://www.ssm.com.my/

next time aku tulis notes pasal daftar syarikat pulak.

View Larger Map

Ni gambar bangunan Kota Sri Mutiara

kota sri mutiara kelantan

Ini cerita  carian nama satu syarikat latihan penerbangan di malaysia ni.

Celcom broadband tak boleh connect lagi ~ buat macam ni

Ni note aku untuk rujukan aku pada masa hadapan. Penin betol hari ni sebab dari jam 8:45 am sampai la jam 4:59 pm aku tak boleh guna celcom broadband aku.

Mula-mula tu aku call 1111 celcom customer careline. tapi jawapan dia macam biasa lah.

“Cik dah unplug dan plug in balik ke modem tu?”
“Cik dah restart laptop or computer cik?”
“Cik dah uninstall dan reinstall modem tu?”

Grrr. Aku pun letak telefon.

2 jam pastu aku call lagi kali kedua.

Aku pun cakap kat dia error message yang keluar. Si staff yang jawab call tu cakap celcom broadband ada network failure jadi aku kena ubah setting network connection. Aku pun ubah la dari A1 ke celcom3g (setting yg connection baru). Pastu tak jadi jugak. Disebabkan aku rasa problem ni bukan dipihak aku sebab di cakap ada network failure, aku suruh la dorang report kepada bahagian teknikal. Dia suruh aku continuously connect kalau tak dapat jugak call balik.

Aku pun duduk rilek-rilek dengan anak-anak sedara aku yang comel-comel, layan dorang dan pastu keluar gi shopping di KB Mall. Ketika duk KB Mall tu ada orang call aku dia cakap dia hantar email minta satu quotation. Aku cakap kat dia yang aku akan reply dalam 24 jam.

dhiya & ammarBalik rumah  terus je aku cuba connect tenet ni. Grrr. Tak dapat lagi beb. Nak call customer careline celcom, aku dah malas dah..tapi aku call jugak. Kalau tak call dorang, kat sapa lagi aku nak call?

Kali ni staff  pompuan yang jawab. Dia tanya aku error number, pastu terus ke teknikal untuk bertanya. Dia pun bagitau aku, kemungkinan masalahnya di laptop aku sendiri. Yang betol aku heran kenapa staff 2 orang yang sebelum tu tak cakap pun kemungkinan kerosakan pada sistem laptop aku pastu siap ngaku network failure di pihak dia?

Oleh kerana staff yang ketiga tu cakap kemungkinan besar kerosakan pada laptop aku, aku pun mula-mula skali SCAN LAPTOP NI DGN ANTIVIRUS KASPERSKY. Masih tak jadi.

Pastu, BLING!!! Restore saja laptop ni kepada tarikh sebelum ia beronar. Jadi lepas ni untuk error 720, aku akan buat macam ni lagi.

Start menu > All programs > Accessories > System Tools > System Restore.

Lepas 3 kali restore, aku pun dah boleh connect balik dgn tenet.

PS: Sepatutnya customer careline masukkan restoration dalam senarai jawapan yang dia nak beri pada pelanggan dorang.

bangunan baru dah siap dah

yess! bangunan baru aku kami dah siap dan ready to accupy. tingkat bawah semua dah ada penyewa. ini menunjukkan pelaburan hartanah di kelantan (dan kat mana-mana pun) memang pilihan yang bijak. aku nak letak gambar bangunan kami tu kat sini..tapi bila di cari-cari dalam laptop ni, tak jumpa. heran betol! tak apa la nanti aku ambik gambar lain. tapi gambar aku ambik tak lawa, aku memang tak pandai snap snap gambar nih. tak macam helmy the freelance wedding photographer tu.

bangunan tu dua tingkat je, bangunan kaler kuning betul-betul berhadapan masjid paya rambai di jalan bayam kota bharu kelantan. berdekatan dengan sekolah maktab pengajian islam, kat bawah tu ada restoren, depan tu ada juga kedai runcit, hotel dan sebagainya. 

jarak bangunan tu dengan pasar berek 12 ialah lebih kurang 2 minit..kalau jalan kaki pun berpeluh sikit je (dengan syarat jangan lari, berjalan perlahan ok :-) ) pastu jarak dgn wisma persekutuan, hotel perdana, hospital pakar perdana, medan usahawan, stadium ialah lebih kurang 2 minit jugak (driving la). jadi dari traffic light tu korang dah boleh nampak bangunan tu (sapa2 nak sewa dinding bangunan untuk pasang papan iklan boleh kontek aku). seriyes ni.

tingkat atas bangunan tu semuanya bilik. ada beberapa bilik (tapi lebih drpd 4, mungkin 5 mungkin 6 atau 7 atau lebih). setiap bilik luasnya 20″ x 20″ atau 400 kaki persegi. sekarang ni aku konfius tak tau nak buat apa dengan bilik2 tu. sebabnya setiap bilik tu ada bilik air. jadi aku fikir amat sesuai kalau jadikan bilik untuk disewa. tapi memandangkan lokasinya yg bagus, lepas difikir-fikir lagi dan mengambil kira pelbagai kos, kami pun membuat keputusan ia adalah bilik untuk disewa secara harian (bukan bulanan). kalau nak sewa secara bulanan kami dah ada bangunan lain di tengah-tengah bandar kota bharu.

bangunan ini juga belum lagi dikomersilkan. maksudnya aku belum lagi listkan ke laman web aku atau blog ini. dengan kata lain, itu adalah cawangan kami yg baru. tapi untuk tarikh 4, 5, dan 6 jun ini dah ada orang yg akan menginap. dengan berbesar hati nya aku buka pintu-pintu bilik untuk tetamu-tetamu aku. mereka ini adalah imam-imam dari kota bharu dan kuala lumpur, dan juga seorang ustazah yg akan menjadi tetamu pertama di bangunan tu. saja aku nak ambik berkat golongan imam..tak apa kan?

cicak BESOR, anak babi, air terjun renyok

weekend cuti wesak.  cuti 3 hari ~ hari untuk jalan-jalan la.  aku baru balik dari buat kerja-kerja audit di jeli. first time masuk ladang. best. tapi yg tak best ialah aku rasa sakit kedua-dua belah paha dan kaki aku melecet. ladang yg pertama tu jarak lebih kurang 20km dari jalan. yang ni masih boleh masuk dengan ford everest. pastu bila dah sampai di pos ladang dan settle kerje kat situ, ford everest dah tak sesuai digunakan untuk ke ladang yg satu lagi (lebih kurang 12 km dr ladang pertama). yang tu kena naik hilux. 12 km dekat je tapi ambik masa dekat satu jam. naik hilux macam naik kuda. ladang ni baru buka je. aku nak upload gambar tasik dan gambar aku di puncak bukit dalam ladang tu, tapi celcom broadband aku ni..problem sikit. nanti la aku upload. di jeli ada chalet di perumahan TNB pergau. anda2 boleh menginap di situ la kalau pergi ke jeli. (Jeli, sebut macam jeling tapi tak ada NG, bukan Jelly).

tempat makan yang best di jeli pula, suruh owner restoren tangkap ikan dalam sungai dan minta dia masak tempoyak cili api. yang ni di kuala balah. aku tak ingat nama restoren. sorii..where is kuala balah on google maps eh? pastu di jeli pula popular dengan sup belut. sedap juga. dia potong kecik2 belut tu. di air lanas tu ada kedai roti tempayan dan ABC Everest..tinggi betol ABC tu.

ada satu lagi yang best yg aku jumpa dalam chalet tu. sekor cicak yang amat besar. cicak bukan biawak. bukan juga iguana. orang panggil gecko. geli geleman betol bila tengok cicak tu. geli “geliguk” sehingga aku tak mampu nak snap gambar cicak tu. saiz kepala cicak tu dah sama saiz dengan sudu makan. bukan sudu teh. dia boleh bertukar-tukar kaler.

jadi, sepanjang trip ni.. ada 2 benda best. satu dapat pengalaman yang memang adventure bila masuk ladang. satu lagi dapat tengok cicak besar gilerr dan 1 ekor ibu babi dan 3 ekor anak babi berjalan beriringan dalam ladang kelapa sawit.

PS:  air tenjun renyok di jeli tu lawa. macam belum terusik beb!

DSC004881

tasik

Peta tempat makan di kota bharu

sepanjang pagi ni aku buat peta di kelantan (kota bharu je) untuk tetamu2 aku. sebelum ni dah ada peta. tapi hari ni letak peta baru. peta tu simple je, tp ada aku tandakan tempat2 makan yang popular di kota bharu ni, terutamanya di berek 12. kalau nak tau tempat makan yang popular di kelantan ni kebanyakannya di berek 12. tak caya? percaya la. 

siapa2 yang nak datang kelantan, ni peta untuk restoren2 yg popular di kelantan. klik sini.

DI KELANTAN

Kos dan harga..

Pernah dengar target costing? Target costing kalau ikut difinisi bukan akademik ialah pengeluar berusaha mengurangkan kos bagi setiap produk atau servis yang mereka keluarkan atau sediakan. Bermaksud, mereka akan turunkan kos supaya dapat jual dengan harga murah, atau setanding dengan harga pesaing mereka.

Mulanya pengeluar akan cek dulu berapa harga yang pelanggan mereka sanggup bayar untuk produk mereka, kemudian team management accounting ini yang akan berusaha untuk mengurangkan kos. Kos dikurangkan dengan membuang atau mengurangkan kos yang tidak perlu. Bermaksud, pelanggan bayar apa yang mereka dapat.

Contohnya dalam nak keluarkan satu-satu produk, akan ada designer yang bertugas untuk mendesign produk tersebut. Designer ini biasanya akan design sesedap rasa supaya produk tersebut nampak cantik dan bagus. Designer biasanya tak consider kos, sebab kerja mereka adalah melakukan design atau merekabentuk barangan. Design merupakan kos, maksudnya dalam nak keluarkan barangan tu, designation kos tu ada. Sesetengahnya (sebahagian fungsi dalam produk yang designed itu mungkin tidak memberi nilai kepada pelanggan, jadi itu adalah kos tambahan yang pelanggan terpaksa bayar) dengan kata lain, pembeli atau pengguna membayar lebih untuk barangan yang mereka beli (bayaran lebih untuk function yang mereka belum tentu akan gunakan).

Sebab itu kita tengok, produk-produk macam handfon dan pda, pengeluar mengeluarkan ciri-ciri yang berlainan untuk pelanggan yang berlainan. Anda sebagai ahli perniagaan perlukan ciri berlainan, tak sama macam ciri yang seorang pekerja biasa mahukan.

Cara lain yang digunakan dalam target costing ialah, tear-down analysis (juga dikenali sebagai reverse engineering). Iaitu kita sebagai pengeluar, kita akan beli satu produk pesaing terdekat kita dan kita akan analisa produk tersebut. Dari situ kita akan tahu material yang mereka gunakan, dan dari situ juga kita akan dapat mengagak kos yang mereka keluarkan untuk produk tersebut.

Daripada analisa produk pesaing ni, kita akan tahu di mana kelemahan dan kekurangan produk mereka. Jadi sekarang kita dah tau kelemahan barangan pesaing kita, dan kita boleh lah mula berfikir untuk melakukan penambahbaikan pada produk tersebut, dan keluarkan produk yang lebih baik. Kemudian masuk market.

Stiff Competition – Pengguna lebih untung.

Sekarang ni antara pasaraya besar di Kota Bharu ialah TESCO, Billion, Pacific, Bilal (saya paling suka Pacific sebab mudah parking dan dah ingat tampat letak barang-barangnya, jadi jimat masa tak perlu tercari-cari lagi, lagipun dekat dengan rumah(….ini bukan iklan untuk pacific). Akan datang akan ada banyak lagi.

Tapi nak beritahu kat sini ialah persaingan harga. Ambik contoh bawang putih di antara 3 pasaraya tu dah turun sampai RM1 per kilogram. Jadi pengguna ni best bila ada persaingan sengit dan sihat macam ni, dan kadang-kadang pengguna lebih untung daripada penjual (ini pengalaman saya, pelanggan benar-benar mendapat lebih nilai untuk wang mereka). Dapat beli dengan harga rendah bila masing-masing dah sibuk bersaing. Yang ni bukan sahaja pada pasaraya tersebut sahaja, tengok Celcom, Maxis dan Digi. Sekarang ada pula Happy.

Awal-awal dahulu (ketika happy mula diiklankan di TV), saya terpikir apa benda happy ni. Iklan gelak-gelak macam tu, apa mesej dia. Kemudian, masuk website dia dan tahu oh rupanya satu iklan line tefon jugak…juga bersaing dalam bentuk harga.

Dua jenis bisnes ni, ada persamaan. Bersaing dalam bentuk harga. Macam dalam Porter’s Generic Strategies kata disebabkan stiff competition, menjadikan strategi peniagaan terbahagi kepada tiga jenis.

1) Cost leadership  - yang ni bersaing dari segi kos tapi masih menjaga kualiti juga. Peniaga bersaing dengan mengurangkan kos. Apabila kos dikurangkan, boleh lah jual dengan harga rendah ataupun harga sama dengan pesaing. Contohnya di Malaysia ni ialah Mydin, TESCO, Air Asia dan banyak lagi.

2) Differentiation – mengeluarkan produk yang unik, yang jarang orang keluarkan. Jadi persaingan kurang dan peniaga boleh jual dengan harga yang lebih tinggi. Tambahan pula pengguna tiada pilihan. Mungkin di tempat kita ni, ASTRO kot.

3) Focus – menumpukan kepada sesuatu jenis perniagaan. Niche la ni.

Prof. Michael Porter buat strategi itu dalam tahun 1985. Nampaknya teori yang sama usia dengan saya itu lebih relevan dan amat penting dalam dunia perniagaan hari ini. Dahulu pun dah penting, tapi sekarang ni lebih penting sebab perniagaan makin kompleks dan luas.

Sesuai ke MLM dengan saya?

Salam sejahtera pembaca Atoqa,

Lama saya tidak menulis untuk blog  ini. Huh, akhirnya ada juga luang untuk menulis. Pagi semalam saya bertemu seorang usahawan MLM. Beliau bertemu saya untuk menerangkan tentang perniagaan MLM nya, mungkin melihat saya sebagai prospek. Malangnya, beliau silap orang. Tapi, saya jumpa juga sambil mengisi masa kosong dan mendengar, sekurang-kurangnya tambah pengetahuan dan tambah kenalan. Hehe

Dah ramai usahawan MLM yang saya lihat berjaya dan jadi jutawan, mereka berjaya kerana mereka bekerja keras. Yaa, sesiapa pun akan berjaya jika bekerja keras dan rajin, tapi dalam buat apa-apa hal perlukan minat. Dan saya tidak berminat dengan MLM bukan disebabkan ciri-ciri MLM, tetapi saya berpendapat seorang usahawan MLM kalau nak berjaya kena betul-betul kerja keras. Ramai juga yang gagal kerana mereka ni cuma menjadi pengikut. Melihat orang lain berjaya dia pun duk sibuk nak buat sama. Akhirnya si pengikut ni gagal dan mula menyalahkan sistem MLM. Sebenarnya sistem dah betul, yang tak betulnya si pengikut tu.

Balik kepada lelaki usahawan MLM tadi, beliau berpendapatan antara RM250 hingga RM1400 sehari, bergantung kepada downline beliau. Huh, senangnya keje. Cari downline 2 orang dan pastikan setiap mereka itu juga mencari downline. Sistem piramid pun macam tu kan? Masalah saya cuma satu, saya tidak minat MLM. Saya melihat ramai di kalangan pelajar atau penuntut universiti yang menyertai MLM secara sambilan dan gagal mencapai target. Mereka masih belajar dan masa yang diperuntukkan untuk bertemu prospek juga terhad. Sedangkan, MLM lebih sesuai untuk mereka yang nak buat sepenuh masa (bukan saya kata tetapi lelaki itu yang kata, sebab itu beliau kini ada lebih 100 downline. Sebab beliau buat sepenuh masa dan juga minat).

Apabila kita buat sesuatu dengan minat, sudah tentu kita tak kisah memperuntukkan masa dan tenaga untuknya. Sehingga berjam-jam pun tak apa. Anda tak rasa letih atau susah untuk jemu. Sebab anda minat. Samalah juga dengan saya, saya hanya mendengar penerangan beliau untuk lebih kurang 30 minit dan meminta diri untuk pergi ke kelas. Tak sama seperti saya bertemu seorang pengurus dana dari sebuah syarikat tempatan baru-baru ini. Bercakap tentang forex dengan beliau, saya mencuri masa beliau untuk lebih 2 jam! Minat punya pasal, 2 jam berborak pun tak habis lagi. Itu pun sebab dah masuk maghrib. Tapi, bab MLM ni..maklumlah tak minat punya pasal, tak sampai setengah jam dah panas nak balik.

Laman Berikutnya »