Arkib bagi Kategori ‘HARTANAH’

bangunan baru dah siap dah

yess! bangunan baru aku kami dah siap dan ready to accupy. tingkat bawah semua dah ada penyewa. ini menunjukkan pelaburan hartanah di kelantan (dan kat mana-mana pun) memang pilihan yang bijak. aku nak letak gambar bangunan kami tu kat sini..tapi bila di cari-cari dalam laptop ni, tak jumpa. heran betol! tak apa la nanti aku ambik gambar lain. tapi gambar aku ambik tak lawa, aku memang tak pandai snap snap gambar nih. tak macam helmy the freelance wedding photographer tu.

bangunan tu dua tingkat je, bangunan kaler kuning betul-betul berhadapan masjid paya rambai di jalan bayam kota bharu kelantan. berdekatan dengan sekolah maktab pengajian islam, kat bawah tu ada restoren, depan tu ada juga kedai runcit, hotel dan sebagainya. 

jarak bangunan tu dengan pasar berek 12 ialah lebih kurang 2 minit..kalau jalan kaki pun berpeluh sikit je (dengan syarat jangan lari, berjalan perlahan ok :-) ) pastu jarak dgn wisma persekutuan, hotel perdana, hospital pakar perdana, medan usahawan, stadium ialah lebih kurang 2 minit jugak (driving la). jadi dari traffic light tu korang dah boleh nampak bangunan tu (sapa2 nak sewa dinding bangunan untuk pasang papan iklan boleh kontek aku). seriyes ni.

tingkat atas bangunan tu semuanya bilik. ada beberapa bilik (tapi lebih drpd 4, mungkin 5 mungkin 6 atau 7 atau lebih). setiap bilik luasnya 20″ x 20″ atau 400 kaki persegi. sekarang ni aku konfius tak tau nak buat apa dengan bilik2 tu. sebabnya setiap bilik tu ada bilik air. jadi aku fikir amat sesuai kalau jadikan bilik untuk disewa. tapi memandangkan lokasinya yg bagus, lepas difikir-fikir lagi dan mengambil kira pelbagai kos, kami pun membuat keputusan ia adalah bilik untuk disewa secara harian (bukan bulanan). kalau nak sewa secara bulanan kami dah ada bangunan lain di tengah-tengah bandar kota bharu.

bangunan ini juga belum lagi dikomersilkan. maksudnya aku belum lagi listkan ke laman web aku atau blog ini. dengan kata lain, itu adalah cawangan kami yg baru. tapi untuk tarikh 4, 5, dan 6 jun ini dah ada orang yg akan menginap. dengan berbesar hati nya aku buka pintu-pintu bilik untuk tetamu-tetamu aku. mereka ini adalah imam-imam dari kota bharu dan kuala lumpur, dan juga seorang ustazah yg akan menjadi tetamu pertama di bangunan tu. saja aku nak ambik berkat golongan imam..tak apa kan?

cicak BESOR, anak babi, air terjun renyok

weekend cuti wesak.  cuti 3 hari ~ hari untuk jalan-jalan la.  aku baru balik dari buat kerja-kerja audit di jeli. first time masuk ladang. best. tapi yg tak best ialah aku rasa sakit kedua-dua belah paha dan kaki aku melecet. ladang yg pertama tu jarak lebih kurang 20km dari jalan. yang ni masih boleh masuk dengan ford everest. pastu bila dah sampai di pos ladang dan settle kerje kat situ, ford everest dah tak sesuai digunakan untuk ke ladang yg satu lagi (lebih kurang 12 km dr ladang pertama). yang tu kena naik hilux. 12 km dekat je tapi ambik masa dekat satu jam. naik hilux macam naik kuda. ladang ni baru buka je. aku nak upload gambar tasik dan gambar aku di puncak bukit dalam ladang tu, tapi celcom broadband aku ni..problem sikit. nanti la aku upload. di jeli ada chalet di perumahan TNB pergau. anda2 boleh menginap di situ la kalau pergi ke jeli. (Jeli, sebut macam jeling tapi tak ada NG, bukan Jelly).

tempat makan yang best di jeli pula, suruh owner restoren tangkap ikan dalam sungai dan minta dia masak tempoyak cili api. yang ni di kuala balah. aku tak ingat nama restoren. sorii..where is kuala balah on google maps eh? pastu di jeli pula popular dengan sup belut. sedap juga. dia potong kecik2 belut tu. di air lanas tu ada kedai roti tempayan dan ABC Everest..tinggi betol ABC tu.

ada satu lagi yang best yg aku jumpa dalam chalet tu. sekor cicak yang amat besar. cicak bukan biawak. bukan juga iguana. orang panggil gecko. geli geleman betol bila tengok cicak tu. geli “geliguk” sehingga aku tak mampu nak snap gambar cicak tu. saiz kepala cicak tu dah sama saiz dengan sudu makan. bukan sudu teh. dia boleh bertukar-tukar kaler.

jadi, sepanjang trip ni.. ada 2 benda best. satu dapat pengalaman yang memang adventure bila masuk ladang. satu lagi dapat tengok cicak besar gilerr dan 1 ekor ibu babi dan 3 ekor anak babi berjalan beriringan dalam ladang kelapa sawit.

PS:  air tenjun renyok di jeli tu lawa. macam belum terusik beb!

DSC004881

tasik

4 bedroom guest house will be renovated in this coming june

dua kali aku update blog ni hari ni. kerja aku hari ni dah beres dah. akaun2 aku dah settlekan, dah pegi ke digi centre untuk tamatkan nombor digi aku (tapi aku kena tangguh dulu proses penamatan atas sebab yang tak dapat dielakkan), dah pergi ke celcom centre upgrade plan celcom. sekarang ni aku duk berfikir-fikir untuk buat renovation untuk rumah tumpangan aku yang 4 bilik tidur tu. memandangkan aku ada banyak masa terluang pada bulan jun ni, maka bulan jun ini lah aku nak buat renovation sikit untuk rumah tu. tak banyak. sikit sahaja. aku bukan pandai design mendesign ni, tak macam eric.

rumah tumpangan yang 4 bilik tidur tu sebenarnya rumah yang paling best di kalangan rumah-rumah yang aku abah aku ada. sebabnya, rumah tu ada bilik besar (10″ x 20″ = 200 kaki persegi). bilik ni ada tingkap di sekeliling bilik dan yang bestnya ia mengadap sungai (tetamu aku panggil sungai ~ tapi aku panggil tali air :-) ). pastu satu lagi bilik tidur mengadap kebun abah aku. kebun ke dusun? ada banyak pokok pisang situ. memang greenery surrounding. bukan aku yang cakap, tapi tetamu-tetamu aku yang cakap.

design macam mana yang aku nak buat ni? cat baru dan langsir baru, dan beberapa lagi benda lain yang akan aku fikir-fikirkan nanti. tapi jangan bimbang, apa-apa sahaja kemudahan yang aku tambah untuk rumah tu, aku tak akan tambah harga (kecuali kalau aku cakap aku nak tambah harga, tapi sekarang aku tak cakap nak up harga).

minggu depan nampaknya aku offline untuk seminggu, sebabnya aku akan ke pedalaman kelantan. kena masuk ladang, ladang tu bukan di kota bharu (di kota bharu tak ada ladang) tapi di daerah jeli dan jaraknya kurang 2 jam setengah dari kota bharu. ni la pertama kali aku masuk ladang, sebelum ni duk masuk kebun atau dusun abah aku di pengkalan chepa atau pun di panji yang luas setiap satu kebun tu tak sampai 1 ekar pun. di ladang tu orang pejabat aku cakap ada chalet, tapi tak taulah macam mana facilities chalet tu. tak kisah laa..aku bukan berkira sangat. ada tempat untuk tidur dan untuk sembahyang, ok la tu. (uwwah macam ada pengalaman jadi backpacker je)

jadi, disebabkan ladang tu duk di kawasan pedalaman..aku agak celcom broadband aku ni mungkin tak berguna. tengok la nanti macam mana. kalau aku update, maknanya aku boleh connect dengan internet. kalau tak boleh connect celcom broadband ni, aku tak update lah blog ni/blog tu/web aku yang lain. dan aku juga mungkin tak boleh login ke metatrader. mungkin juga aku tak dapat reply email dalam tempoh 24 jam (sebelum ni aku gerenti email replied within 24 hours kan?..nampaknya minggu depan aku tak boleh gerenti) allahu ‘alam

PS: Sempena SELESEMA BABI sekarang ini, Malaysia Airline System (MAS) dah cancel fee untuk batalkan penerbangan ke mexico kan? tangguh dulu la melancong ke luar negara buat masa ini. adik aku pun dah batalkan plan untuk pegi singapore hujung bulan ni. duk rumah aje la atau melancong saja dalam Malaysia yang permai ini.

PS: sebenarnya aku tak tau nak beza antara kebun dan dusun. tapi aku bagi gambaran macam ni ok. tanah tu abah aku tanam pokok-pokok kelapa jenis pandan. pastu ada lagi pokok-pokok mangga dan rambutan. tebu pun ada. durian tak ada. kadang-kadang dalam kebun atau dusun tu ada tumbuh cendawan butang. tapi tengok pada musim la, dia tumbuh sendiri. tak payah tanam. dah la, aku nak berkemas-kemas untuk outstation.

DI KELANTAN

Lokasi Penentu Harga

Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Kalau tak silap saya, sudah beberapa kali saya menulis tentang ini tetapi kali ini mahu menyentuh secara khusus tentang lokasi. Bila kita sebut lokasi, maknanya ialah tempat yang bagus dan strategic yang boleh mempengaruhi harga sesuatu hartanah. Saya percaya anda yang sudah biasa dengan perkara ini tentu arif dan maklum tentang pentingnya memilih lokasi yang bagus dan strategic.

Lokasi ialah faktor kritikal dalam hartanah. Lokasi yang baik boleh meningkat nilainya berkali-kali ganda. Kadang saya terfikir, mungkin nasib atau takdir juga menentukan jumlah keuntungan  dalam hartanah. Lihat, saya gunakan perkataan kadang-kadang, bukan selalunya. Manakala peluang untuk rugi dalam hartanah adalah amat sedikit. Ini disebabkan ciri-ciri yang ada pada hartanah itu sendiri. Kalis inflasi, risiko yang rendah dan sebagainya. Lagipun hartanah ialah tangible asset, anda boleh pergi memijak-mijak tanah anda, bercucuk tanam, berekreasi untuk mengeluarkan peluh, membina rumah di atasnya, bina gudang ke..pendek kata anda boleh buat apa sahaja di situ. Di situ. Walaupun hartanah anda dibakar atau dibom, ia tetap ada di situ dan tetap mempunyai nilai. Dibom pun masih ada nilai. Ha, nak apa lagi?

Tapi, macam topic kita tadi, nilainya bergantung kepada lokasi. Memilih hartanah yang berada pada lokasi yang strategic bukan mudah, tapi tidak susah.

Jika kita ingin membeli hartanah, dan berhasrat untuk membangunkannya, pilihlah lokasi yang bagus. Jika ia terletak di tepi jalan yang mempunyai trafik yang tinggi, dan di kawasan tersebut tidak mempunyai stesen minyak, maka anda boleh mulakan perniagaan stesen minyak (dengan syarat ia mempunyai keluasan yang secukupnya. Sudah tentu ia mempunyai nilai yang lebih tinggi. Atau kawasan tersebut sedang pesat membangun dengan banyak rumah-rumah kedai atau gudang baru ditubuhkan, maka sudah tentu anda pun akan bina rumah kedai. Semua ini menentukan harga. Semakin tinggi permintaan di kawasan tersebut, maka harganya juga semakin tinggi. Dahulu, sewa sebuah rumah kedai berhampiran rumah saya ini lebih kurang RM300 sebulan, sekarang dah naik sehingga RM1000 sebulan dan ada yang mencecah RM3000 sebulan. Sebabnya ialah lokasinya yang terletak berhampiran pasar.

Lokasi yang baik biasanya mempunyai kemudahan asas yang cukup. Seperti berhampiran stesen bas, berdekatan pasar, Masjid, sekolah, di tepi jalan raya atau mempunyai jalan menuju kepada hartanah anda.

Hartanah yang berada di tepi jalan raya yang sibuk mempunyai nilai yang lebih tinggi dan lebih peluang untuk mendapatkan lebih capital gain. Beberapa bulan lalu, umi saya membeli satu hartanah yang menjadi rebutan beberapa orang. Ramai yang berkehendakkan hartanah tersebut, tetapi dapat kat umi saya juga. Adalah teknik dan caranya, yang tu lain kali kita cerita. Hartanah tersebut mempunyai ciri-ciri yang benar-benar sempurna, siap ada tiga buah gudang dan penyewa lagi. Hahaha maka berbungalah hati umi saya. Beberapa hari kemudian, seorang lelaki datang menawarkan untuk membeli hartanah tersebut dan dengan untung RM30K. Sebab itu, saya kata (dan saya percaya orang lain juga kata macam tu) bahawa faktor kritikal hartanah ialah lokasi.

Tetapi, macam yang kita sedia maklum, bukan mudah untuk mendapat hartanah dengan lokasi yang bagus dalam keadaan hari ini. Iaitu dah ramai orang sedar dengan potensi pelaburan hartanah.

Lebih kurang dua tahun dahulu di negeri Kelantan, ada spekulasi mengatakan Universiti Malaysia Kelantan (UMK)  akan ditubuhkan. Desas-desusnya mungkin ia dibina di Pengkalan Chepa atau mungkin di Bachok. Hartanah di Bachok kini sudah naik harganya (kampus sementaranya di Pengkalan Chepa dan kampus Induknya bakal dibina di Bachok). Ketika awal desas-desus itu, hartanah di kawasan tersebut jauh lebih murah berbanding sekarang. Macam saham gak lah, apabila ada khabar angin atau berita baik tentang sesuatu saham, maka ramailah orang berminat untuk membeli saham tersebut. Apabila tinggi permintaan, maka harga saham akan naik. Hartanah pun sama juga lah dengan saham. Selepas UMK ditubuhkan, saya percaya hartanah di situ akan lebih mahal harganya.

Jadi, selepas ini jika anda mendapati ada khabar angin (pastikan khabar angin ini mempunyai asas yang kukuh) mengatakan kawasan tersebut akan dibangunkan, cepat-cepat dapatkan hartanah di situ sebelum harganya naik lebih tinggi. Jika projek pembangunannya batal sekalipun, anda masih tidak rugi.

Saya menulis begini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Kisah Pemilik Rumah dan Penyewa Rumah

Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Jika anda sebagai seorang penyewa rumah, apa yang anda mahu daripada pemilik rumah yang anda diami?

Sudah tentu tuan rumah yang baik dan tidak terlalu berkira dengan anda bukan. Ya, sebagaimana anda mahukan tuan rumah yang baik, tuan rumah anda juga mahukan penyewa yang baik. Baik di sini maksud saya ialah tidak menimbulkan masalah kepada tuan rumah.

Lebih kurang 6 tahun lalu, rumah semi-d yang dimiliki bapa saya (sekarang sudah menjadi guest house setelah membuat pengubahsuaian yang besar) sebenarnya disewakan kepada 2 buah keluarga. Mungkin kami kurang bernasib baik dalam membuat pelaburan ini (biasalah, buat apa-apa pun risikonya tetap ada). Penyewa-penyewa tersebut bukanlah jenis penyewa yang kami mahukan. Sepatutnya kami selidik dahulu latar belakang bakal penyewa sebelum memberi sewa, jangan tiru macam kami.

Akhirnya mereka berpindah, itu pun setelah berkali-kali saya meminta mereka berbuat demikian (mungkin mereka marahkan saya, kerana saya yang sering menyuruh mereka berpindah. Bapa saya seorang yang penyabar). Kami mahukan penyewa yang baik. Meninggalkan bil-bil air dan elektrik mencecah ribuan ringgit, tak apa. Kami masih boleh terima perbuatan sebegitu, tapi jangan rosakkan rumah kami. Jika anda jadi tuan rumah pun, anda tidak mahu penyewa anda merosakkan rumah anda kan. Saya pun sama lah.

Maka, setelah mereka keluar, kami terpaksa membaik pulih rumah tersebut dengan kos yang hampir sama membina sebuah rumah banglo 1 tingkat yang baru. Huhuhu. Melihatkan keadaan rumah yang dah ok dan kembali baru, bapa saya tidak lagi mahu menyewakan rumah tersebut tetapi mengubahsuainya menjadi sebuah budget hotel. Maka bertambahlah lagi kosnya. Tak apa, rumah tak rosak. Itulah sedikit sejarah penubuhan budget hotel kami.

Seorang lagi penyewa rumah kami, beliau seorang yang baik. Saya beri beliau lima bintang ***** sebab tak pernah lewat dan tidak pernah tak bayar sewa. Malah menjaga rumah tersebut dengan baik. Sudah bertahun-tahun beliau menyewa dengan kami dan saya respek orang macam ini. Mungkin nanti kami akan terkilan kalau beliau mahu berpindah.

Sekarang saya bercakap sebagai seorang penyewa rumah pula.

Saya menyewa rumah berhampiran UiTM Kelantan. Tuan rumah saya ini baik orangnya, rumahnya pun ok dengan pelbagai kemudahan yang disediakan. Penyewanya juga bagus. Hahaha. Cuma, apabila tuan rumah bersetuju untuk membayar bil-bil rumah (air dan elektrik) maka kita sebagai penyewa pun mulalah tidak berjimat menggunakan air dan elektrik. Dan juga, pemilik rumah yang berkerja ini kadang-kadang terlupa menjelaskan bil air dan elektrik sehinggakan pernah 1 kali, bekalan air dipotong dan juga 1 kali bekalan elektrik dipotong. Huhuhu. Harapnya perkara ini tidak berulang. Oh ya, saya menyewa rumah tersebut bersama beberapa orang rakan dan apabila cukup bulan, kami akan menelefon tuan rumah supaya datang mengambi bayaran sewa. Hairan juga tuan rumah tu sebab kami tidak bermasalah dalam bab ini. Apa nak hairan makcik…Bagaimana kami memahami makcik, kerana kami juga pemilik macam makcik! Sekadar meminjam slogan daripada iklan minyak….Shell ke Caltex?

Jadi sebagai penyewa yang baik, maka kita akan buat perkara-perkara yang baik. Iaitu sentiasa membayar sewa dan tidak merosakkan rumah. Saya fikir inilah dua perkara yang paling digemari tuan rumah anda.

Pos akan datang, Lokasi Menentukan Harga.

rumah sewa saya

saya percaya kebanyakan daripada anda pernah terlibat dengan aktiviti sewa menyewa rumah atau kediaman. jadi, hari ni kita cakap pasal rumah sewa. tapi saya lebih suka menggunakan perkataan hartanah.

banyak perkara yang patut dipertimbangkan sebelum membuat keputusa, antaranya ialah:

lokasi-biasanya orang memilih hartanah yang terletak di pusat-pusat bandar. tetapi, sudah tentulah hartanah begini mempunyai nilai yang tinggi dan mungkin tidak mampu dimiliki oleh sesetengah orang. namun, ada juga hartanah yang tidak terletak di pusat bandar yang mempunyai prospek yang bagus. biasanya, kawasan begini mempunyai kemudahan asas dan jalanraya yang menghubungkan hartanah tersebut. saya tulis begini berdasarkan pengalaman bapa saya. kemudahan asas di sini maksud saya ialah sekolah, masjid, kedai dan sebagainya. dahulu, pernah sekali bapa saya membeli hartanah di kawasan perkampungan, dan saya terfikir “ish, tak rugi ke nanti?”. bukan rugi sebenarnya, mungkin kadar kenaikan harga tidak secepat hartanah lain. oh, rupanya saya silap. lebih kurang beberapa bulan selepas itu, ada orang menawarkan untuk membeli hartanah tersebut. sebab? sebabnya ialah..hartanah tersebut terletak berdekatan sekolah, berhampiran kedai runcit dan berhampiran masjid. jadi, tidak semestinya hartanah yang terletak di kawasan yang membangun dengan pesat sahaja boleh dapat keuntungan. selagi berada di lokasi yang betul, maka sudah tentulah hartanah tersebut berpotensi untuk kenaikan harga. lokasi yang baik juga membolehkan anda merancang bentuk pelaburan yang akan buat pada hartanah itu nanti. contohnya, jika hartanah anda berdekatan universiti, anda boleh memilih untuk membina runah untuk disewakan kepada siswa mahupun siswi, atau boleh bina rumah kedai mahupun restoren. manakala jika berada di kawasan bandar…bina apapun boleh. hehe kebarangkalian untuk tak ada orang sewa atau beli adalah rendah.

penyewa-di sini saya ambil contoh saya sendiri, saya tinggal di machang, kelantan. anda tahu, sebelum saya datang ke sini (sebelum menuntut di uitm machang) apa yang saya nampak dalam fikiran sy ialah ini adalah kawasan yang di kelilingi bukit bukau, hutan hijau dan jauh daripada pusat membeli belah. jadi, saya andaikan saya akan mengalami kesukaran sebab saya suka membeli belah, dan saya sudah biasa tinggal berhampiran pasar. tapi, rupanya tak macam yang saya sangka.

rumah yang saya sewa ini ialah sebuah banglo 10 bilik tidur yang didiami lebih 25 orang..ada 10 bilik tidur, 9 bilik air,dan pelbagai kemudahan lain lagi. harga yang pemilik rumah ni letak ialah RM100 sebulan untuk seorang. saya boleh dapatkan sebuah rumah yang lebih rendah harganya, iaitu RM50-RM60sebulan untuk seorang, tapi saya memilih yang ini. padahal rumah-rumah lain pun tak kurang besar dan lengkap.

kenapa saya memilih yang ini?

seorang pelajar tidak perlukan kemudahan atau kelengkapan rumah seperti orang berkeluarga. jadi, rumah yang biasa-biasa pun dah ok sebenarnya. rumah ini lebih dekat dengan uitm machang, lebih dekat dengan kedai-kedai makan, kedai-kedai fotostat, stesen bas, di tepi jalan raya dan sebagainya. tapi yang penting, di sini ada wireless internet.

tapi jika untuk penyewa yang dah berkeluarga, keperluan macam wireless mungkin tak begitu penting, dan tidak perlu terlalu dekat dengan kedai-kedai tersebut sebab biasanya mereka sudah mempunyai kenderaan dan perlukan lebih privacy. jadi, tahu siapa bakal penyewa kita dan apa yang keperluan mereka…jadi,boleh pegang harga la nanti!