Arkib bagi Kategori ‘TIP-TIP MENARIK’

Selesema Babi – Kawan Aku – UiTM

Dah lama aku tak update blog ni. Sebetulnya kerana sem baru dah mula lebih kurang sebulan lebih. Ini final semester aku. Dalam sem ni aku ambik 5 subjek.. accounting theory, corporate finance, audit, accounting information system, dan strategic management. Kecuali corporate finance, yg lain semuanya theory subject. Aku suka macam tu. Berbanding mengira..aku lagi suka teori. Kalau bab mengira, aku banyak cuai. Bila banyak cuai, banyak lah hilang markah.

Tapi bila bab teori nye subjek begini, banyak masa habis dengan membaca. Minggu ni aku sibuk betol. Dari sabtu, kelas ganti accounting teori, isnin sehingga khamis semua hari penuh dengan assignment dan presentation yg perlu di settlekan. Maka aku kurang trade pada minggu ni. Ada dua tiga orang client yang aku tak sempat jumpa dan terpaksa minta orang lain jumpa untuk negotiate beberapa perkara.

Ini aku update blog ni sbb utk hilangkan mengantuk. Entah apa la nak ditulis lagi. Oh ya, kawan aku (classmate aku ketika diploma perakaunan di uitm machang) baru meninggal dunia sebab H1N1. Kami kawan2 beliau sedih dan terkesan dengan kematian beliau (Siti Aisyah Koestiardy).

Dahulu, H1N1 ni jauh sangat dari kita. Nun di benua lain. Pastu semakin dekat..masuk negara jiran..pastu masuk negara kita..pastu masuk negeri jiran kita..pastu masuk negeri kita..pastu kawan-kawan kita..Bisnes aku pulak..tipu lah kalau aku kata tidak terjejas. Sedikit sebanyak ada terjejas disebabkan H1N1 ini..

Aku percaya punca utama menyebabkan lebih cepat tersebar virus ini ialah kerana travel. UiTM tutup seminggu lepas tu baru ada kes di UiTM. Sebelum tutup tu, tak ada pun kes ni di kampus aku yg permai ni.

Oh Allah..jauhkanlah wabak ini dari diri aku..keluarga aku..kawan-kawan aku..keluarga kita dan kawan-kawan kita.

Daftar perniagaan: Mudoh jah

Ini cerita pasal cara nak pilih nama bisnes. minggu lepas ada orang tanya aku macam mana nak daftar perniagaan. aku cakap kat dia, encik pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan isi borang daftar perniagaan. pastu dalam satu jam dah selesai la proses pendaftaran perniagan.

aku pun tanya la dia, bisnes nama apa? dia cakap XXXX Sdn. Bhd. aku tanya dia lagi, nak daftar perniagaan ke nak daftar syarikat? dia jawab, “nak daftar perniagaan la cik siti”..

weng weng weng

daftar perniagaan tak sama dengan daftar syarikat.

senang cerita hari ni aku nak buat notes untuk daftar perniagaan. next time aku tulis pasal daftar syarikat. tapi sebelum tu aku nak buat disclaimer. post ini hanya notes aku sahaja. sekadar notes dari pengalaman melakukan pendaftaran beberapa syarikat, ulang-alik dan naik turun Suruhanjaya Syarikat Malaysia..cuma dari pengalaman dolu-dolu.

cara mudah daftar perniagaan, korang pergi sahaja ke SSM dan beritahu kakitangan bertugas, “Saya nak daftar perniagaan”. Maka kakitangan tu pun mungkin tanya, “Nak guna nama sendiri ke atau nak guna nama lain?” pastu dia pun bagi borang.

# Jangan lupa bawa salinan fotostat kad pengenalan dan duit.

# Sekarang ini proses angkat sumpah di suruhanjaya sudah tidak diperlukan. oleh itu, jika nak buat perniagaan perkongsian, semua pekongsi perniagaan perlu hadir ke SSM. tidak boleh wakil. kalau 10 orang partner, semua 10 orang kena pergi.

kalau nama sendiri, contohnya nama aku “ali bin abu” maka daftar guna nama sendiri jadi macam ni “perniagaan ali bin abu”. yurannya ialah RM30.

kalau tak nak guna nama sendiri sbb nama sendiri tak ada nilai-nilai komersil, korang boleh guna nama lain, contohnya “The Guest Residence” atau “Kelhome Trading” atau “Dealkhan Enterprise” dan lain-lain lagi. yurannya ialah RM60. setiap satu cawangan yang kita ada, tambahan yuran rm5 untuk satu sijil daftar perniagaan.

tetapi, penggunaan nama lain ini bergantung kepada availability. dalam borang cadangan nama, kita diberi 3 pilihan cadangan nama. tapi kalau nak cadangkan lebih dari 3 pun boleh je,

contohnya, aku nak buat hotel, nama-nama yang bermain-main dalam fikiran aku contohnya:

  1. hotel perdana
  2. hotel grand riverview
  3. hotel best kelantan

nama yang pertama tu dan nama yang kedua tu tidak available sebab dah ada bisnes yang nama macam tu. yang ketiga tu yang available. jadi nama yang ketiga itulah yang akan didaftarkan.

nama-nama yang kita pilih ini pula mestilah nama-nama yang munasabah. ada sesetengah nama yang tidak dibenarkan digunakan langsung, ada nama yang perlu mendapat kelulusan menteri berkenaan dan sebagainya. yang ni boleh rujuk seksyen 22 akta persyarikatan malaysia 1965.

lepas tu hantar borang yang diisi tadi kepada kaunter dan tunggu sehingga sijil pendaftaran perniagaan siap.

PS: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Kelantan berada di tingkat 2,3 dan 4 Kota Sri Mutiara (atau lebih popular dgn nama bangunan billion @ hotel renaissance kota bharu)..tingkat 2 untuk urusan daftar perniagaan dan daftar syarikat. tingkat 3 untuk dapatkan maklumat perniagaan, perbaharui lesen perniagaan dsb. tingkat 4 tu ofis dia. boleh parking kereta dibawah bangunan Kota Sri Mutiara dengan caj RM2 sekali masuk.

PPS: Isi borang daftar perniagaan adalah amat mudah, dan panduan mengisi borang juga ada disediakan di papan kenyataan. jadi tidak perlulah membazir duit mengambil khidmat ulat-ulat di luar SSM bagi tujuan pendaftaran.

PPPS: Kalau tak nak pergi SSM, tidak mahu menunggu dan mencari parking, boleh juga daftar secara online di http://www.ssm.com.my/

next time aku tulis notes pasal daftar syarikat pulak.

View Larger Map

Ni gambar bangunan Kota Sri Mutiara

kota sri mutiara kelantan

Ini cerita  carian nama satu syarikat latihan penerbangan di malaysia ni.

aku mengira-ngira kes ragut di kota bharu

hari ni satu lagi kes ragut dekat dengan bangunan ofis aku. geram betol! mangsa ialah seorang wanita berpakaian blous hitam dan seluar hitam berjalan kaki di tepi jalan manakala si peragut jahat tu dengan motor. btw, kawasan ini aku nak cop sebagai kawasan panas la sbb, anda-anda dan aku memang perlu BERHATI-HATI tahap giler di sini. sepanjang 4 bulan aku duk ulang alik jalan ni (sbb bangunan ofis aku kat situ) boleh dikatakan setiap 2 minggu ada je kes ragut. itu yang sampai ke telinga aku, yang tak sampai ke telinga aku tak tau lah banyak mana.

walaupun aku tahu ramai polis berkeliaran di sekitar kawasan tu (berpakaian biasa), namun tak semua mereka dapat tangkap penjahat-penjahat tu.

kawasan ni ialah tepi PIZZA HUT kota bharu di JALAN PADANG GARONG. betol-betol dalam pusat bandar. ni aku post kan peta supaya dapat jadi rujukan kita bersama. di kawasan ni juga motor sorang staf ofis aku kena curi.

apakah yg dimaksudkan dengan berhati-hati?

ni pesan umi aku, aku tulis untuk kongsi sahaja. kalau bawa beg, jangan letak barang-barang berharga di dalam beg. letak sahaja dalam poket. handphone, duit dan kad-kad bank atau kredit boleh muat dalam poket.

kalau bawa beg di tangan, beg tak sepatutnya diletak di bahagian lalulintas..susahnya aku nak tulis, faham2 kan la ayat aku ni. atau tak payah bawa beg, bawa je paper bag atau beg plastik. aku selalu pegi bank dan nampak orang bawa duit puluh-puluh ikatan dalam beg plastik sampah yang kaler hitam tu. boleh praktik juga ni.

tapi, ofis yang aku duk cakap ni bukan ofis guest house aku ye, tapi ofis yang satu lagi. buat masa ini, kawasan sekitar guest house aku di kota bharu ni masih dalam keadaan selamat, alhamdulillah belum ada perkara yg tak diingini berlaku dan harapnya berterusan.

kota bharu kelantan

Peta tempat makan di kota bharu

sepanjang pagi ni aku buat peta di kelantan (kota bharu je) untuk tetamu2 aku. sebelum ni dah ada peta. tapi hari ni letak peta baru. peta tu simple je, tp ada aku tandakan tempat2 makan yang popular di kota bharu ni, terutamanya di berek 12. kalau nak tau tempat makan yang popular di kelantan ni kebanyakannya di berek 12. tak caya? percaya la. 

siapa2 yang nak datang kelantan, ni peta untuk restoren2 yg popular di kelantan. klik sini.

DI KELANTAN

…….bukan cadar je, tapi..

Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Hah! Nampaknya tajuk pos saya hari ini lain sikit. Saja nak bagi kelainan je ni.

Pos hari ini, tidak berkenaan baby investor, tapi lebih kepada aspek nak urus awak punya budget inn. Sebagai pengusaha rumah tumpangan atau budget inn, apa yang kita beri ialah kepuasan pelanggan. Menjadikan pelanggan selesa sepanjang percutian dan penginapan mereka.

Jika anda sebagai pelanggan pun, anda juga tentu mahukan perkara yang sama. Jadi, apa yang anda (sebagai pelanggan) mahukan, itu juga apa yang pelanggan anda mahukan dari anda. Dengan bahasa mudah, memastikan kepuasan pelanggan. Inilah antara perkara penting dalam perniagaan. Dan, anda tanyalah kepada mana-mana individu perniagaan, apa yang mereka mahu? Sudah tentu lah memaksimakan keuntungan dan meminimakan kos, bukan? Dalam kita nak maksimakan keuntungan itu, kualiti pun kena jaga juga.

Budget inn ke..rumah tumpangan ke..sama je tu. Penginapan selesa pada harga ekonomi. Mereka memilih penginapan sebegini bukan kerana nak jimat (walaupun ramai begitu tapi tidak semua begitu), mereka pilih untuk mendapat keselesaan dan biasanya mereka datang berkeluarga atau rombongan.

Bukan cadar yang ditukar setiap kali pelanggan keluar, tapi juga kebersihan. Macam iklan kementerian kesihatan tu lah, kebersihan harus diutamakan :-) Jadi, kenalah kita utamakan.

Saya selalu beritahu pelanggan saya, ”bila dah sampai di Kota Bharu, hubungi saya”. Bukan apa, tak nak nanti mereka sesat dalam Kota Bharu sedangkan mereka dah letih sepanjang perjalanan mereka.

Baiklah, cukup dulu untuk kali ini. Kita sambung lain kali pula ye.

Kisah Pemilik Rumah dan Penyewa Rumah

Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Jika anda sebagai seorang penyewa rumah, apa yang anda mahu daripada pemilik rumah yang anda diami?

Sudah tentu tuan rumah yang baik dan tidak terlalu berkira dengan anda bukan. Ya, sebagaimana anda mahukan tuan rumah yang baik, tuan rumah anda juga mahukan penyewa yang baik. Baik di sini maksud saya ialah tidak menimbulkan masalah kepada tuan rumah.

Lebih kurang 6 tahun lalu, rumah semi-d yang dimiliki bapa saya (sekarang sudah menjadi guest house setelah membuat pengubahsuaian yang besar) sebenarnya disewakan kepada 2 buah keluarga. Mungkin kami kurang bernasib baik dalam membuat pelaburan ini (biasalah, buat apa-apa pun risikonya tetap ada). Penyewa-penyewa tersebut bukanlah jenis penyewa yang kami mahukan. Sepatutnya kami selidik dahulu latar belakang bakal penyewa sebelum memberi sewa, jangan tiru macam kami.

Akhirnya mereka berpindah, itu pun setelah berkali-kali saya meminta mereka berbuat demikian (mungkin mereka marahkan saya, kerana saya yang sering menyuruh mereka berpindah. Bapa saya seorang yang penyabar). Kami mahukan penyewa yang baik. Meninggalkan bil-bil air dan elektrik mencecah ribuan ringgit, tak apa. Kami masih boleh terima perbuatan sebegitu, tapi jangan rosakkan rumah kami. Jika anda jadi tuan rumah pun, anda tidak mahu penyewa anda merosakkan rumah anda kan. Saya pun sama lah.

Maka, setelah mereka keluar, kami terpaksa membaik pulih rumah tersebut dengan kos yang hampir sama membina sebuah rumah banglo 1 tingkat yang baru. Huhuhu. Melihatkan keadaan rumah yang dah ok dan kembali baru, bapa saya tidak lagi mahu menyewakan rumah tersebut tetapi mengubahsuainya menjadi sebuah budget hotel. Maka bertambahlah lagi kosnya. Tak apa, rumah tak rosak. Itulah sedikit sejarah penubuhan budget hotel kami.

Seorang lagi penyewa rumah kami, beliau seorang yang baik. Saya beri beliau lima bintang ***** sebab tak pernah lewat dan tidak pernah tak bayar sewa. Malah menjaga rumah tersebut dengan baik. Sudah bertahun-tahun beliau menyewa dengan kami dan saya respek orang macam ini. Mungkin nanti kami akan terkilan kalau beliau mahu berpindah.

Sekarang saya bercakap sebagai seorang penyewa rumah pula.

Saya menyewa rumah berhampiran UiTM Kelantan. Tuan rumah saya ini baik orangnya, rumahnya pun ok dengan pelbagai kemudahan yang disediakan. Penyewanya juga bagus. Hahaha. Cuma, apabila tuan rumah bersetuju untuk membayar bil-bil rumah (air dan elektrik) maka kita sebagai penyewa pun mulalah tidak berjimat menggunakan air dan elektrik. Dan juga, pemilik rumah yang berkerja ini kadang-kadang terlupa menjelaskan bil air dan elektrik sehinggakan pernah 1 kali, bekalan air dipotong dan juga 1 kali bekalan elektrik dipotong. Huhuhu. Harapnya perkara ini tidak berulang. Oh ya, saya menyewa rumah tersebut bersama beberapa orang rakan dan apabila cukup bulan, kami akan menelefon tuan rumah supaya datang mengambi bayaran sewa. Hairan juga tuan rumah tu sebab kami tidak bermasalah dalam bab ini. Apa nak hairan makcik…Bagaimana kami memahami makcik, kerana kami juga pemilik macam makcik! Sekadar meminjam slogan daripada iklan minyak….Shell ke Caltex?

Jadi sebagai penyewa yang baik, maka kita akan buat perkara-perkara yang baik. Iaitu sentiasa membayar sewa dan tidak merosakkan rumah. Saya fikir inilah dua perkara yang paling digemari tuan rumah anda.

Pos akan datang, Lokasi Menentukan Harga.

Teknik Perbentangan Berkesan

Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Nampaknya cuti semester saya bermula hari ini, exam baru je habis petang tadi. Harapnya semua ok dan tak repeat mana-mana paper. Tolong doakan saya ye (betul ni, tolong doakan saya).

Baiklah, pos kali ini ialah tentang tip-tip untuk presentation atau perbentangan. Saya dapat tip ini daripada beberapa artikel dan saya akan kongsikannya di sini. Dahulu, saya juga bukanlah berani nak buat perbentangan di hadapan kelas atau bagi public speaking, tapi lama-kalamaan semua dah ok. Sehinggakan sekarang, saya tidak kisah kena buat perbentangan mengejut.

Sebagai seorang public speaker, apa yang paling kita nak elak ialah diam atau bunyi-bunyi seperti “emmm”, “saya…..”, “aaaa..” dan bunyi yang seumpamanya. Sebab bila kita mengeluarkan bunyi sebegitu, persepsi audience mula berubah. Mulalah mereka fikir kita tidak cukup bersedia dan kita dicop tidak tahu nak cakap apa. Bukan semuanya begitu tapi kebanyakannya begitulah.

Saya bukanlah public speaker yang bagus, jadi pos ini sekadar perkongsian maklumat dan pengalaman sahaja.

#Berlatih, berlatih, berlatih

Yang ni tak boleh nak elak dah, kita nak buat apa pun perlukan latihan. Tak mungkin buat untuk pertama kali dan jadi pro.

Berlatihlah di hadapan kawan-kawan anda (inilah yang selalu saya buat) atau berlatihlah di hadapan cermin (yang ni saya tak pernah cuba sebab cermin di bilik saya tak cukup besar). Berlatih di hadapan kawan-kawan ni yang bagus, anggaplah kawan-kawan anda itu umpama pensyarah atau audience yang sedang khusyuk mendengar ucapan anda, atau anggaplah mereka itu langsung tidak tahu apa-apa, atau anggaplah anda terlalu hebat sehinggakan mereka tak boleh bahas anda.

#Tarik nafas dalam-dalam dan lepas, tarik balik

Anda akan jadi lebih yakin. Biasanya apabila kita gementar, jangtung kita akan berdegup lebih cepat daripada biasa dan kadang-kadang boleh menjadikan anda mengah (walaupaun tidak jogging atau bersukan). Saya beritahu begini kerana saya pernah alaminya. Tarik nafas untuk beberapa kali dan jantung anda akan kembali ok.

#Pilihlah wajah-wajah yang anda mahu lihat

Jika anda buat presentation di dalam kelas, atau dalam majlis, atau di mana sahaja, pilihlah wajah-wajah audience yang anda mahu lihat. Sesetengah audience melihat anda dengan wajah berkerut, muka yang masam, tidak senyum, atau melihat anda dengan wajah yang serius sehinggakan anda terfikir “betul ke yang aku cakap ni?”. Jadi, jangan lihat wajah audience yang begitu. Pilihlah wajah-wajah yang senyum kepada anda atau mereka yang mempunyai raut muka yang tenang. Saya biasanya tidak melihat kepada pensyarah saya ketika presentation, tapi saya lihat wajah rakan-rakan baik saya :-)

#Buat nota kecil

Yang ni kena ada, walaupun anda sudah arif. Manalah tahu jika ada yang terlupa ke nanti. Tapi jangan kerap melihat nota. Hanya lihat apabila perlu sahaja.

# Jika lupa, Jangan Panik

Biasanya bila kita lupa, bunyi2 “emmm”.. akan keluar dari mulut. Tak apa, diam lah seketika untuk beberapa saat. Itu lebih baik daripada bunyi ”emmmm..” atau jika anda menguasai pentas, berjalanlah beberapa langkah di pentas itu sambil memikir ayat seterusnya. Ini menjadikan perbentangan anda nampak lebih lancar.

#Jika diberi pilihan untuk memilih tajuk, pilihlah tajuk yang paling sesuai dengan anda.

Masih ingat artikel saya teknik membaca berkesan? Saya mendapat tajuk kenaikan harga minyak kerana saya diberi pilihan untuk memilih tajuk tersebut. Saya tidak akan pilih tajuk masalah sosial atau pencemaran kerana saya tidak ada banyak pengetahuan tentangnya. Jadi, dapatkan tajuk yang sesuai dengan anda, maka anda akan lebih yakin sebab anda arif tentang perkara tersebut.

#Jadi pembentang pertama

Jika anda tidak bersedia untuk membuat perbentangan, jadilah orang pertama yang membuat perbentangan. Lagi lama anda menunggu, lagi ramai pembentang lain membuat perbentangan, lagilah anda rasa takut. Elakkan rasa takut dengan menjadi pembentang pertama.

#Beri penakanan pada main point

Beri penekanan kepada main point. Ekspresikan melalui mimik muka anda atau gaya bahasa anda, atau bahasa badan anda. Anda selalu lihat Karam Sighn Walia mengangkat tangannya bukan? Itu menunjukkan dia sedang serius menentang pencemaran. Anda juga boleh begitu.

#Akhiri perbantangan dengan ayat yang lebih baik.

Mana lagi bagus, anda tutup perbentangan anda begini “that’s all, thank you“, atau “i will adjourn here, assalamualaikum“. Saya rasa yang kedua lagi bagus.

Maka sehingga ini pos hari ini, sekian terima kasih.

Budget Hotel: Apa Pelanggan Mahu?

Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Sehingga kini, saya kurang pasti apa yang paling pelanggan mahukan apabila menginap di budget inn kami. Yang pasti, mereka mahu menginap ;-) , tapi apa yang paling mereka mahu ketika menginap.

Sebenarnya, boleh dikatakan hampir pasti pelanggan akan bertanya tentang tandas atau pun bilik air. Majoriti daripada pelanggan kami tidak gemar berkongsi bilik air. Kebanyakan mereka akan tanya “bilik air di setiap bilik ke?” dan jawapan kami ialah “ya!”. Sebetulnya, saya juga jika sebagai pelanggan, saya akan tanya soalan yang sama. Jadi, berdasarkan pemerhatian saya, saya buat kesimpulan begini, apa yang pelanggan mahukan ialah:

  • Bilik air di setiap bilik – Sudah tentu mereka mahukan privacy. Saya percaya anda juga begitu (amat jarang pelanggan yang tidak kisah tentang ini).
  • Ruang Parking yang luas – Tak kiralah di mana sahaja, saya juga ada bertanya kepada beberapa pengusaha lain-parking merupakan antara perkara terpenting yang patut diberi perhatian. (Sebab itu kami menyediakan ruang parking lebih suku ekar untuk anda!)
  • Tidak bising dan tidak terganggu oleh bunyi bising atau tidak diganggu oleh penghuni lain.
  • Harga yang berpatutan dan munasabah.
  • Televisyen & Cerek Elektrik, sejadah, peta kota bharu
  • Penghawa Dingin (ada juga pelanggan yang tidak kisah ada penghawa dingin atau tidak, tapi kami sediakan untuk anda, anda boleh memilih untuk menggunakannya ataupun tidak).

p/s: ini hanyalah pandangan peribadi (saya belum lagi membuat survey tentang perkara ini, insyaallah saya akan buat pada masa akan datang).

Skimming & Scanning : Anda Pembaca Pro :-)

Salam Sejahtera pembaca Atoqa,

Semalam saya baru sahaja menduduki peperiksaan Reading and Critical Thinking, harapnya semua ok dan dapat keputusan yang baik. hari ni saya nak sambung topik dahulu, iaitu sambungan daripada teknik membaca berkesan. Boleh katakan ini siri dua lah!

Skimming dan Scanning ialah dua perkara penting yang selalu di beri perhatian daripada penulis-penulis buku critical reading skills (sehingga kini saya hanya membaca 3 buah buku tentang Critical Reading Skill atau berkaitan dengan Developing Critical Reading Skills), jadi sedikit sebanyak kita kongsi di sini.

Apa itu skimming?

Skimming atau dalam bahasa melayu ialah membaca dengan pantas atau membaca sepintas lalu. skimming ialah teknik membaca dengan cepat untuk mendapat gambaran menyeluruh tentang general idea daripada petikan/artikel yang kita baca. ini dapat kita buat dengan menggerakkan mata dengan cepat ke setiap baris ayat (ingat, jangan hentikan mata di setiap perkataan yang kita baca). dan juga tak perlu baca seluruh teks tapi hanya baca bahagian yang yang membantu anda mendapat gambaran menyeluruh tentang artikel tersebut.

Skimming untuk artikel pendek.

  • Gerakkan mata dengan cepat ke setiap baris ayat. jangan sebut perkataan tersebut, baca dengan mata pun dah cukup.
  • Lihat key words atau frasa yang penting dalam artikel tersebut.
  • Apabila siap, tanya diri anda ‘apa general idea daripada artikel yang kita baca?’

Skimming untuk artikel panjang.

  • Lihat topik/tajuk atau sub-topik dalam artikel.
  • Baca perenggan pertama dengan berhati-hati. penulis biasanya menyatakan general idea tentang artikelnya dalam perenggan pertama.

  • Baca ayat pertama dan kedua dalam setiap perenggan. topik biasanya berada di perenggan awal.

  • Baca perenggan akhir dengan berhati-hati. penulis biasanya menyatakan semula topik atau general idea atau ringkasan daripada artikelnya di perenggan akhir.

Apa itu scanning?

Scanning ialah teknik membaca untuk mendapat lebih banyak meklumat berbanding skimming. Dengan scanning anda akan mendapat jawapan kepada persoalan tentang topik yang dibaca. Scanning biasanya digunakan untuk merujuk atau membaca jadual, carta, iklan, invoice, index atau senarai (list) untuk mendapatkan maklumat khusus. contohnya, jika anda melihat senarai saham di papan utama bursa malaysia, dan anda ingin mengetahui harga semasa bagi saham pos malaysia. maka, anda akan menggerakkan mata akan atas dan bawah untuk mencari perkataan pos malaysia. inilah salah satu cara scanning digunakan dalam pembacaan kita.

Mempraktikkan scanning.

  • anda mesti tahu maklumat apa yang anda mahu tahu.
  • fokus minda anda kepada maklumat yang anda ingin tahu.
  • Gunakan sub-topik atau topik untuk mambantu mencari maklumat.
  • Latih mata bergerak lebih cepatsupaya maklumat lebih mudah dicari.
  • ok, itu sahaja untuk hari ini :-)

    ANDA PEMBACA PRO!

    Laman Berikutnya »