Arkib

Archive for the ‘VALUABLE TIME’ Category

Let The Love Of Allah Remain In The Heart

Jun 30, 2009 atoqa Tinggalkan komen

Saja nak share video yang aku suka dengar :-)

Enjoy kay!

meh buat fisioterapi

Jun 9, 2009 atoqa Tinggalkan komen
capture_09062009_115615

eh eh eh pening betol aku dengan statistic blog ni hari ni.  blog ni dah jadi blog fisioterapi ke? abondo la yang korang cari ni??

dulu-dulu ~ aku pernah buat fisioterapi 5 tahun dulu. sebab aku jatuh motor pastu aku pergi hospital USM. doktor suruh buat fisioterapi. ada la setahun lebih aku duk ulang alik di Unit Fisioterapi di HUSM. Daripada situ juga aku belajar sikit-sikit tentang fisoterapi, baca buku-buku fisioterapi dan juga aku discover tentang chiropractic. Aku cuba cari pakar chiropractic di Kelantan, tapi tak ada. Ketika tu, pakar chiropractic yang aku tahu ada ialah di Damansara, tak silap aku nama dia Dr Wade. Sekarang ni pun belum ada pusat chiropractic di Kelantan. Sekarang ni dah tak pergi buat fisioterapi lagi dah. Sudah discharge. Tapi aku ingat lagi staf unit fisioterapi yg nama Susan, mesra betul dia tu. En Suhaimi..dan beberapa orang pelajar pelatih fisioterapi di situ. dan En Khalid staf di unit prostetik orthotik yang selalu aku sembang ngan dia. tapi sekarang dia dah berenti dan buat bisnes sendiri.

fisioterapi

sekadar gambar hiasan (tu bukan kaki aku)

Oh itu cerita lama..cerita yang aku tak nak ingat.

PS: Tahniah kpd sipu aku, fadhil yg sambung belajar dalam Diploma Fisioterapi di Masterskill Kota Bharu Kelantan. Dan tahniah juga kepada adik ipar abang aku, Hafizah yang sambung belajar dalam Diploma Fisioterapi UiTM. Congrates!

IPTA & IPTS: Tahniah kepada Newcomers!

Mei 21, 2009 atoqa Tinggalkan komen

Sekarang ni musim kemasukan ke semester baru universiti-universiti tempatan. IPTA dan IPTS (lebih awal kan).

Ni aku nak ucap tahniah kepada semua yg berjaya sambung pelajaran. Nik Nor Madihah best student Malaysia untuk SPM 2008 tu akan sambung belajar di Jordan dalam bidang fizik ~ bidang yang memang dia nak :-)  Kepada Encik Rasdi yg satu-satunya anak pompuan beliau dapat sambung belajar di UTM (ke UIA? alamak aku lupa..sori En Ras), anak kembar bos aku, En Matt yg dapat sambung belajar dalam bidang perakaunan di UiTM Perak (Sri Iskandar), anak pompuan Pn Haliza yg dapat sambung belajar di UIA. Oh, esok mereka akan bertolak untuk hantar anak-anak mereka sambung belajar. Selamat jalan semua! Tak lupa juga kepada sepupu2 aku yg dapat sambung belajar juga. Belajar rajin-rajin ye!

Aku dulu pun macam tu juga. Di UiTM Arau. Parent aku hantar juga. aku nangis lepas dorang balik Kelantan. dua tiga hari, empat lima hari, enam tujuh hari lepas tu pun aku masih duk ingat rumah. itu yang aku nekad nak pindah balik kelantan. maklum aje la, tak penah duk asrama. nasib baik aku duk uitm yg ada banyak kampus cawangan. aku tak lama duk UiTM arau, sebabnya aku mohon pindah ke UiTM Machang. macam mana aku dapat pindah dan apa alasan kukuh & bukti kukuh yg aku “wujudkan”? aku tak nak cerita. itu semua kisah lama, zaman diploma..zaman aku budak-budak dulu, zaman aku nakal-nakal dulu.

skrg ni tinggal lagi 6 hari aku ada training di sini, lepas ni aku cuti satu bulan (bulan Jun). pastu ada lagi 1 semester terakhir. semoga aku grad degree ni on time. skrg aku dah tau minat aku dalam accounting ini. jadi akauntan aku kurang minat. doa-doakan aku jadi auditor. tapi abah aku lebih suka aku ikut jejak dia, jadi lecturer. masalahnya..aku tak bijak.

PS: gambar kat atas tu cuma sbg hiasan. tak da kaitan apa-apa pun. kalau anda (pemilik gambar) tidak mahu gambar anda berada di sini, hubungi saya di me@dikelantan.com dgn email subject, “asmaa comel, saya tak nak gambar saya di blog awak”.

& aku nak maklumkan kat sini, sape-sape yg sedang cari jawatan kosong di kelantan, skrg ni uitm ada kekosongan jawatan, banyak vacancies tu. http://www.kelantan.uitm.edu.my/

TASIK di KUALA BALAH

Mei 8, 2009 atoqa 2 comments

tasik

tasik

tasik

ni adalah gambar tasik di dalam ladang di kuala balah di jeli. tasik ni asalnya lombong emas.. waaa! nice lah! best dapat buat audit ladang nih!

AIR TERJUN RENYOK

Mei 8, 2009 atoqa Tinggalkan komen

air terjun renyok ~ diambil dr stesen janakuasa letrik mini sungai renyok, jeli


air terjun renyok


air terjun renyok

Categories: VALUABLE TIME

DI KELANTAN

Februari 24, 2009 atoqa Tinggalkan komen

Tunggu kaya dululah…

Disember 10, 2007 atoqa 4 comments

Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Kelmarin saya menghadiri majlis reunion sekolah menengah saya dahulu. Memang seronok berjumpa kawan-kawan lama dan berkongsi pelbagai cerita. Alah, macam baisalah bila dah lama tak jumpa, maka banyaklah yang dibualkan. Dalam rancak berbual tu, ada seorang kawan bertanyakan tentang unit trust..dia tidak ada basic dalam pelaburan dan panjanglah penjelasan saya tentang unit trust..iaitu daripada introduction to unit trust, kelebihannya, kekurangannya dan lain-lain lagi. Panjang jugalah ceritanya.

Selepas itu, dia bertanya kepada saya, “berapa yang kena labur untuk permulaan?” saya jawab “RM1000 dan boleh buat tambahan pelaburan sebanyak RM100″. Dia pun terus kata.. “Banyaknya! Tunggu kaya dululah..”.

Sebetulnya saya terkejut dengan reaksi sebegitu. Itu baru cakap pasal unit trust, bukan bentuk pelaburan lain lagi. Kalau begitulah mindset kita, susah tau. Bila dah kaya baru nak simpan, itu tak betul. Sepatutnya simpan dulu baru kaya. RM1000 sebagai permulaan tidaklah banyak walaupun kita merupakan seorang pelajar. Iyelah, kan pelajar sekarang dapat pinjaman PTPTN. Andaikan setiap awal semester masuk RM2000++ untuk pelajar diploma, atau RM3000++ untuk pelajar sarjana muda. Peruntukkan RM1000 untuk labur, selebihnya simpanlah. Kalau tunggu akhir semester baru nak simpan, atau berbelanja dahulu kemudian simpan, alamatnya tak menyimpanlah.

Yang penting ialah buat peruntukan untuk simpanan dan simpan dahulu kemudian belanja. Kalau tunggu kaya baru nak simpan nak buat apa? Saya juga ada mengambil pinjaman PTPTN tapi jumlah yang saya terima (iaitu setelah ditolak yuran universiti) semuanya dilabur.

Memang patut rasanya subjek pengurusan kewangan diajar sejak dibangku sekolah lagi.

TAHNIAH

November 20, 2007 atoqa 1 comment

Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Hari ini bukan pos biasa sebagaimana sebelum ini. Tapi, pos ini sebagai mengucapkan tahniah kepada kawan-kawan saya yang akan menghadiri konvokesyen di UiTM Shah Alam bermula esok hari, dan tahniah juga kepada diri sendiri. Maka petang nanti saya akan bertolak untuk “konvofair”.

Tahniah sekali lagi, dan kepada Marlina Abdullah (kawan saya yang baik itu lah) terima kasih tolong ambilkan jubah konvo saya. Jasamu amat ku kenang :-)  Lalalalala

Saya akan kembali dengan pos baru setelah balik nanti.

Skimming & Scanning : Anda Pembaca Pro :-)

Oktober 29, 2007 atoqa 1 comment

Salam Sejahtera pembaca Atoqa,

Semalam saya baru sahaja menduduki peperiksaan Reading and Critical Thinking, harapnya semua ok dan dapat keputusan yang baik. hari ni saya nak sambung topik dahulu, iaitu sambungan daripada teknik membaca berkesan. Boleh katakan ini siri dua lah!

Skimming dan Scanning ialah dua perkara penting yang selalu di beri perhatian daripada penulis-penulis buku critical reading skills (sehingga kini saya hanya membaca 3 buah buku tentang Critical Reading Skill atau berkaitan dengan Developing Critical Reading Skills), jadi sedikit sebanyak kita kongsi di sini.

Apa itu skimming?

Skimming atau dalam bahasa melayu ialah membaca dengan pantas atau membaca sepintas lalu. skimming ialah teknik membaca dengan cepat untuk mendapat gambaran menyeluruh tentang general idea daripada petikan/artikel yang kita baca. ini dapat kita buat dengan menggerakkan mata dengan cepat ke setiap baris ayat (ingat, jangan hentikan mata di setiap perkataan yang kita baca). dan juga tak perlu baca seluruh teks tapi hanya baca bahagian yang yang membantu anda mendapat gambaran menyeluruh tentang artikel tersebut.

Skimming untuk artikel pendek.

  • Gerakkan mata dengan cepat ke setiap baris ayat. jangan sebut perkataan tersebut, baca dengan mata pun dah cukup.
  • Lihat key words atau frasa yang penting dalam artikel tersebut.
  • Apabila siap, tanya diri anda ‘apa general idea daripada artikel yang kita baca?’

Skimming untuk artikel panjang.

  • Lihat topik/tajuk atau sub-topik dalam artikel.
  • Baca perenggan pertama dengan berhati-hati. penulis biasanya menyatakan general idea tentang artikelnya dalam perenggan pertama.

  • Baca ayat pertama dan kedua dalam setiap perenggan. topik biasanya berada di perenggan awal.

  • Baca perenggan akhir dengan berhati-hati. penulis biasanya menyatakan semula topik atau general idea atau ringkasan daripada artikelnya di perenggan akhir.

Apa itu scanning?

Scanning ialah teknik membaca untuk mendapat lebih banyak meklumat berbanding skimming. Dengan scanning anda akan mendapat jawapan kepada persoalan tentang topik yang dibaca. Scanning biasanya digunakan untuk merujuk atau membaca jadual, carta, iklan, invoice, index atau senarai (list) untuk mendapatkan maklumat khusus. contohnya, jika anda melihat senarai saham di papan utama bursa malaysia, dan anda ingin mengetahui harga semasa bagi saham pos malaysia. maka, anda akan menggerakkan mata akan atas dan bawah untuk mencari perkataan pos malaysia. inilah salah satu cara scanning digunakan dalam pembacaan kita.

Mempraktikkan scanning.

  • anda mesti tahu maklumat apa yang anda mahu tahu.
  • fokus minda anda kepada maklumat yang anda ingin tahu.
  • Gunakan sub-topik atau topik untuk mambantu mencari maklumat.
  • Latih mata bergerak lebih cepatsupaya maklumat lebih mudah dicari.
  • ok, itu sahaja untuk hari ini :-)

    ANDA PEMBACA PRO!

    Tak Sibuk Tapi Kerja Tak Siap, Sibuk Tapi Semua Kerja Siap

    Oktober 27, 2007 atoqa 1 comment

    salam sejahtera,

    perkara begini kerap berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuklah saya sendiri. tak sibuk tapi kerja tak siap, dan biasanya apabila sibuk..semua kerja siap. macam mana tu?

    sebabnya, bila kita mempunyai banyak masa luang, sudah tentu kita akan rasa rileks dan tidak perlu cepat untuk siapkan kerja. kita ada banyak masa dan kerja tu boleh buat sekejap lagi. akibatnya, kerja tersebut akan jadi tertangguh dan tertangguh, akhirnya tak terbuat.

    tapi, bila kita sibuk, kita akan fikir bahawa kita tak ada banyak masa untuk buat kerja tersebut. maka, sudah tentu kita akan cepat-cepat buat supaya kerja kita siap. jadi, tak ada kerja tertangguh. 3 minggu lepas, saya teramatlah sibuk. terlalu banyak tugasan sehingga saya rasa bersalah kalau saya tidur ;-) betul ni! tapi, semua tugasan itu siap dengan baiknya dan tiada satu pun yang di reject. sebab itu saya kata, bila kita sibuk, semua kerja akan siap sebab kita akan paksa diri untuk buat.

    dan saya lihat ramai orang yang sibuk-sibuk, masih ada masa untuk buat semua benda. di blogroll di bawah blog ini, ada link ke beberapa blog. antaranya saifulsham, kcl’s dan donald trump. ada banyak lagi blog yang ditulis oleh blogger lain, tapi saya lebih gemar membaca blog2 mereka ini. mereka ini sudah tentu sibuk dengan kerja mahupun bisnes yang mereka jalankan tapi masih ada masa untuk menulis blog. setengah orang kata menulis blog ialah hobi (yang saya setuju sebab saya minat menulis berbanding mengira), ada juga yang kata macam tulis diari (yang ni saya tak setuju sabab seumur hidup saya, saya tak pernah mempunyai diari, :-) tak kisah la apa orang kata, yang penting bagaimana kita urus masa dengan baik akan pastikan semua kerja siap.

    dan paling penting jangan tangguh. peruntukkan masa untuk buat tugasan. gerenti beres!