Label

Salam sejahtera,

Esok bermulalah umat Islam menyambut ramadhan. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak saya ucapkan kepada seluruh umat Islam, semoga anda dan saya-sama2 mendapat berkat dan rahmat-Nya. Oh, jangan lupa niat puasa.

ok, ini pos pertama saya di wordpress.com. Sebenarnya dah lama saya ingin menggunakan wordpress, tapi sekarang baru berkesempatan. Jadi, eloklah saya perkenalkan diri. Atoqa. Bila saya perkenalkan diri dgn nama ini, ramai yang bertanya “Apa maknanya?” dulu, saya geleng kepala je, sbb saya juga tidak tahu. Fikir2 balik, mungkin daripada perkataan yang sama, atau mirip Atiq, atau Atikah..kot. Saya masih menuntut di Uitm (Machang-Kelantan), jurusan perakaunan, dan uruskan sebuah rumah rehat di Kota Bharu, tak lama lagi saya akan tulis tentangnya. Tidaklah besar, cuma 12 bilik tidur aje, tapi cukup memenatkan ketika cuti sekolah atau public holiday..Sebetulnya, saya lebih meminati analisis pelaburan, sebab bagi saya, terlalu menarik dan melekakan saya . tapi tak apalah, di sini pun sedikit sebanyak ada juga kaitannya. Doa2kan semoga saya berjaya grad on time ye.

p/s – Tidur awal untuk bangun sahur.

Advertisements