Label

,

salam sejahtera,

permulaan yang tidak begitu baik. saya tak marah, tapi tak suka.

hari ini jika bukan sebab ada temujanji, maknanya saya dah ada di kota bharu bersama keluarga. sepatutnya temujajni mula jam 11.00 am, tapi tup-tup pukul 10.45 am..BATAL!! arrrgh. kalau anda seperti saya, anda faham lah.

orang lain, seperti juga kita..sepatutnya menguruskan masa dengan baik, supaya tidak menyusahkan orang lain. minggu ini, banyak yang tidak menjadi seperti dijaualkan..nak kena mandi bunga ke?

bagaimana mengurus masa dengan bijak?

senang bercakap “uruslah masa dengan bijak”, atau “orang yang gagal merancang, ialah orang yang merancang untuk gagal”…tapi ramai yang tak praktik. bila saya praktik, orang lain yang tak praktik. akibatnya, jadilah paembatalan di saat-saat akhir.

mungkin tabiat orang kita yang tak pentingkan masa atau masa yang ada terlalu banyak hingga boleh dibazirkan? dalam bahasa melayu ada pepatah “masa berjalan”, makanya tak cepat lah kan. kalau cepat dia akan jadi “masa berlari”. ada beza tu. tak macam english nya “time is running”. sepatutnnya kata mengubah pengurusan masa kita supaya kita dapat buat semua yang kita nak buat.

macam mana?

1) sediakan to do list.

senaraikan perkara yang ingin dibuat, tak ada istilah tak cukup masa kerana tuhan dah buat yang terbaik utk umat-Nya. apabila kita tidak tulis rancangan kita, maka kita tidak nampak objektifnya. sama lah dalam company atau mana2 organisasi, sudah tentu akan ada senarai matlamat sama ada jangka panjang mahupun jangka pendek. kita juga harus begitu, barulah kita realise dengan apa yang kita nak buat.

2) buat yang terpenting dan kemudian yang penting.

sudah tentu siapkan yang terpenting kan, yang tak begitu penting tu buat lepas ni pun tak apa, sebab dia tak penting.

3) jangan tangguh

dahulu, saya dapati bahawa banyak yang sya fikir nak buat, tapi tak jadi kenyataan. kerana saya gagal merancang denganb baik. banyak bertangguh, akibatnya banyak kerja tak siap, buku saya terbengkalai, semuanya entah ke mana…masa saya habis begitu sahaja. jadi, pengajarannya di sini, saya tidak boleh bertangguh, begitu juga anda.

ok lah, sekian sahaja untuk hari ini, semoga bertemu lagi di lain hari. salam ramadhan untuk umat Islam seluruh Malaysia dan seluruh dunia. Eid mubarak.