Label

, , , , ,

Kali ini saya nak cerita tentang pengalaman saya dengan pelanggan saya (ini yang pertama, dan terakhir), tapi di sebabkan ini pertama kali saya bercertia tentang budget hotel saya (dan juga yang terakhir)..maka saya akan bagi sedikit intro tentangnya. Budget hotel saya ni terletak di kota bharu..boleh muat sehingga 65 45 (say kurangkan kepada 45 sebab salah satu rumah saya nak guna sendiri) orang pada satu-satu masa dengan bayaran RM 550 500 sehari. RM500 sehari untuk tangkap borong seluruh bangunan. Tapi biasanya pelanggan saya adalah pelanggan berkeluarga yang datang bersama keluarga mereka. Dan kebanyakan mereka ini datang ke kelantan sebagai rombongan perkahwinan tak kurang juga yang melancong. sebab tu selalu saya beritahu mereka…..”buat macam rumah sendiri ye”. dan selalunya mereka akan buat macam rumah sendiri.

ok, pada hari raya lalu, lebih kurang jam 12.30 am, saya terima rombongan 6 buah kereta daripada perak..semuanya berbangsa cina. mulanya saya fikir mereka nak melancong. oh, saya silap! mereka baru memeluk islam dan nak berhari raya di kelantan. terharu..melihat lebih kurang 30 orang dari satu keluarga yang baru memeluk Islam..terfikir juga saya kenapa tak beraya je di perak..jauh datang beraya sampai ke kelantan dan kenapa kelantan. soalan ini saya pendam aje dalam benak saya bimbang kalau2 saya tanya nanti…apa dia kata?

Selalunya saya akan luangkan masa dengan pelanggan saya, bersembang dengan mereka dan beritahu tempat2 menarik yang mereka boleh kunjungi dan sebagainya. dan pernah sekali saya ikut sama dalam rombongan pengantin (pelanggan saya) tu pun sebab mereka beriye-iye mempelawa saya. tapi, untuk trip ini, oleh kerana mereka sudah ramai, dah ada geng kata orang, lagipun dah lewat malam…saya minta diri.