Label

Salam sejahtera pembaca atoqa,

Lega rasanya baru habis exam statistik yang saya duduki pagi tadi. doakan saya agar lulus dengan cemerlang ye. kali ini kita cakap pasal teknik untuk berjumpa pelanggan untuk pertama kali.

Ini cerita saya. ketika sedang duduk-duduk di bangku berhampiran kolej sambil makan aiskrim (3 tahun dahulu), saya didatangi seorang perempuan. beliau menawarkan saya peluang membuat jualan tshirt di kolej. jual tshirt berlogo uitm dengan pelbagai design yang menarik. bisnes tshirt seperti itu adalah bisnes biasa di mana-mana IPTA dan IPTS. Setiap set tshirt mempunyai 10 design yang boleh dipilih mengikut kehendak pelanggan. ok, sebagi penjual langsung..adalah perkara biasa barangan anda ditolak pelanggan atau pelanggan tidak berminat dengan barang yang anda jual. tapi, anda masih boleh menjual kepada mereka yang jenis ini jika anda tahu teknik yang betul.

1-Tunjukkan design/produk terbaik yang anda ada untuk menarik minat mereka. contohnya, daripada 10 design tadi, sudah tentu ada yang paling cantik dan mendapat permintaan tinggi di kalangan pembeli. jadi,pegang dan angkat barang tadi, tunjukkan barang/design yang terbaik itu dan mereka sudah tentu, paling tidak pun melihat barang anda tadi. jadi, daripada mereka menolak, mereka sudah melihat barangan anda. di sinilah masanya anda beritahu kelebihan barang anda dan provok mereka.

2-jika target anda tidak berminat juga…anda cakaplah “tak beli pun tak apa..cuba tengok dulu..mana tahu berkenan”. kebanyakan orang yang menolak sebenarnya bukan tidak berminat, cuma kadang-kadang mereka tidak tahu atau tidak sedar atau malas. bila anda berkata begitu, mereka akan mempertimbangkannya dan anda berpeluang membuat jualan.

3-tunjuk kelebihan barangan anda, contohnya jika tshirt itu jenis yang glow in the dark, buatlah demonstrasi dan tunjukkan kepada bakal pelanggan anda. jangan sekali-kali tunjukkan kekurangannya, dan jika boleh..beritahu mereka kenapa ia direka sedemikian rupa demi mendapatkan kepuasan pelanggan.

4-bermanis muka. ha ni yang paling penting. jika bermuka masam dan langsung tak senyum..orang tengok muka kita pun tak minat beli. letak diri sendiri sebagai pembeli dan anda fikir diri anda sebagai pembeli, apa yang anda sebagai pembeli mahu daripada penjual. tentulah ialah penjual yang baik. jadi tunjukkan bahawa anda adalah seorang yang baik, dan tidak mungkin menipu pembeli.

Dan cara ini, saya boleh kata berkesan sebab saya berjaya membuat jualan yang tinggi dan sudah tentu membuat keuntungan. Bukan sahaja saya, malah agen-agen saya yang lain juga berjaya membuat jualan yang tinggi.