Label

, ,

salam sejahtera,

perkara begini kerap berlaku kepada sesiapa sahaja, termasuklah saya sendiri. tak sibuk tapi kerja tak siap, dan biasanya apabila sibuk..semua kerja siap. macam mana tu?

sebabnya, bila kita mempunyai banyak masa luang, sudah tentu kita akan rasa rileks dan tidak perlu cepat untuk siapkan kerja. kita ada banyak masa dan kerja tu boleh buat sekejap lagi. akibatnya, kerja tersebut akan jadi tertangguh dan tertangguh, akhirnya tak terbuat.

tapi, bila kita sibuk, kita akan fikir bahawa kita tak ada banyak masa untuk buat kerja tersebut. maka, sudah tentu kita akan cepat-cepat buat supaya kerja kita siap. jadi, tak ada kerja tertangguh. 3 minggu lepas, saya teramatlah sibuk. terlalu banyak tugasan sehingga saya rasa bersalah kalau saya tidurπŸ˜‰ betul ni! tapi, semua tugasan itu siap dengan baiknya dan tiada satu pun yang di reject. sebab itu saya kata, bila kita sibuk, semua kerja akan siap sebab kita akan paksa diri untuk buat.

dan saya lihat ramai orang yang sibuk-sibuk, masih ada masa untuk buat semua benda. di blogroll di bawah blog ini, ada link ke beberapa blog. antaranya saifulsham, kcl’s dan donald trump. ada banyak lagi blog yang ditulis oleh blogger lain, tapi saya lebih gemar membaca blog2 mereka ini. mereka ini sudah tentu sibuk dengan kerja mahupun bisnes yang mereka jalankan tapi masih ada masa untuk menulis blog. setengah orang kata menulis blog ialah hobi (yang saya setuju sebab saya minat menulis berbanding mengira), ada juga yang kata macam tulis diari (yang ni saya tak setuju sabab seumur hidup saya, saya tak pernah mempunyai diari,πŸ™‚ tak kisah la apa orang kata, yang penting bagaimana kita urus masa dengan baik akan pastikan semua kerja siap.

dan paling penting jangan tangguh. peruntukkan masa untuk buat tugasan. gerenti beres!