Label

, ,

Salam Sejahtera pembaca Atoqa,

Semalam saya baru sahaja menduduki peperiksaan Reading and Critical Thinking, harapnya semua ok dan dapat keputusan yang baik. hari ni saya nak sambung topik dahulu, iaitu sambungan daripada teknik membaca berkesan. Boleh katakan ini siri dua lah!

Skimming dan Scanning ialah dua perkara penting yang selalu di beri perhatian daripada penulis-penulis buku critical reading skills (sehingga kini saya hanya membaca 3 buah buku tentang Critical Reading Skill atau berkaitan dengan Developing Critical Reading Skills), jadi sedikit sebanyak kita kongsi di sini.

Apa itu skimming?

Skimming atau dalam bahasa melayu ialah membaca dengan pantas atau membaca sepintas lalu. skimming ialah teknik membaca dengan cepat untuk mendapat gambaran menyeluruh tentang general idea daripada petikan/artikel yang kita baca. ini dapat kita buat dengan menggerakkan mata dengan cepat ke setiap baris ayat (ingat, jangan hentikan mata di setiap perkataan yang kita baca). dan juga tak perlu baca seluruh teks tapi hanya baca bahagian yang yang membantu anda mendapat gambaran menyeluruh tentang artikel tersebut.

Skimming untuk artikel pendek.

  • Gerakkan mata dengan cepat ke setiap baris ayat. jangan sebut perkataan tersebut, baca dengan mata pun dah cukup.
  • Lihat key words atau frasa yang penting dalam artikel tersebut.
  • Apabila siap, tanya diri anda ‘apa general idea daripada artikel yang kita baca?’

Skimming untuk artikel panjang.

  • Lihat topik/tajuk atau sub-topik dalam artikel.
  • Baca perenggan pertama dengan berhati-hati. penulis biasanya menyatakan general idea tentang artikelnya dalam perenggan pertama.

  • Baca ayat pertama dan kedua dalam setiap perenggan. topik biasanya berada di perenggan awal.

  • Baca perenggan akhir dengan berhati-hati. penulis biasanya menyatakan semula topik atau general idea atau ringkasan daripada artikelnya di perenggan akhir.

Apa itu scanning?

Scanning ialah teknik membaca untuk mendapat lebih banyak meklumat berbanding skimming. Dengan scanning anda akan mendapat jawapan kepada persoalan tentang topik yang dibaca. Scanning biasanya digunakan untuk merujuk atau membaca jadual, carta, iklan, invoice, index atau senarai (list) untuk mendapatkan maklumat khusus. contohnya, jika anda melihat senarai saham di papan utama bursa malaysia, dan anda ingin mengetahui harga semasa bagi saham pos malaysia. maka, anda akan menggerakkan mata akan atas dan bawah untuk mencari perkataan pos malaysia. inilah salah satu cara scanning digunakan dalam pembacaan kita.

Mempraktikkan scanning.

  • anda mesti tahu maklumat apa yang anda mahu tahu.
  • fokus minda anda kepada maklumat yang anda ingin tahu.
  • Gunakan sub-topik atau topik untuk mambantu mencari maklumat.
  • Latih mata bergerak lebih cepatsupaya maklumat lebih mudah dicari.
  • ok, itu sahaja untuk hari ini🙂

    ANDA PEMBACA PRO!