Label

, , ,

Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Sehingga kini, saya kurang pasti apa yang paling pelanggan mahukan apabila menginap di budget inn kami. Yang pasti, mereka mahu menginapšŸ˜‰ , tapi apa yang paling mereka mahu ketika menginap.

Sebenarnya, boleh dikatakan hampir pasti pelanggan akan bertanya tentang tandas atau pun bilik air. Majoriti daripada pelanggan kami tidak gemar berkongsi bilik air. Kebanyakan mereka akan tanya “bilik air di setiap bilik ke?” dan jawapan kami ialah “ya!”. Sebetulnya, saya juga jika sebagai pelanggan, saya akan tanya soalan yang sama. Jadi, berdasarkan pemerhatian saya, saya buat kesimpulan begini, apa yang pelanggan mahukan ialah:

  • Bilik air di setiap bilik – Sudah tentu mereka mahukan privacy. Saya percaya anda juga begitu (amat jarang pelanggan yang tidak kisah tentang ini).
  • Ruang Parking yang luas – Tak kiralah di mana sahaja, saya juga ada bertanya kepada beberapa pengusaha lain-parking merupakan antara perkara terpenting yang patut diberi perhatian. (Sebab itu kami menyediakan ruang parking lebih suku ekar untuk anda!)
  • Tidak bising dan tidak terganggu oleh bunyi bising atau tidak diganggu oleh penghuni lain.
  • Harga yang berpatutan dan munasabah.
  • Televisyen & Cerek Elektrik, sejadah, peta kota bharu
  • Penghawa Dingin (ada juga pelanggan yang tidak kisah ada penghawa dingin atau tidak, tapi kami sediakan untuk anda, anda boleh memilih untuk menggunakannya ataupun tidak).

p/s: ini hanyalah pandangan peribadi (saya belum lagi membuat survey tentang perkara ini, insyaallah saya akan buat pada masa akan datang).