Label

, , , ,

KLIK DI SINI RUMAH TUMPANGAN DI KOTA BHARU KELANTAN

Sekarang ini aku duk berehat dengan relaksnya sambil menuggu pagi (sekarang jam 3:30 pagi) . . sebab tak mengantuk, sementara mengisi luang masa yang ada ini, aku ingin menulis sedikit tentang perkara yang sering ditanya oleh beberapa kenalan. Iaitu apa beza istilah-istilah di atas?

Ada beza kah? Sebenarnya tak ada beza. Semua ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama sahaja (berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya, jika tak setuju sila angkat tangan)

Kecuali budget hotel, aku rasa yang lain mempunyai ciri yang sama. Antaranya ialah pengusaha rumah tamu atau rumah tumpangan ini tak boleh caj services tax jika mereka tak ada cukup 25 buah bilik, sila rujuk Malaysia Taxation ye..chapter Hotel atau Hospitality. Kalau anda dicaj cukai perkhidmatan ketika menginap di budget hotel yang tak cukup 25 bilik, maka ini adalah tidak bagus. Nak kata penipuan bunyinya teruk sangat, tapi lebih kurang begitulah. Jika anda ke Kelantan, amatlah jarang rumah tumpangan mempunyai lebih 25 buah bilik. dah nama pun rumah, bukan hotel

Macam mana nak tahu mereka ada 25 buah bilik? Tanyalah pada tuan punya atau staf mereka, biasanya dan selalunya mereka akan jawab soalan-soalan begini.

Dan biasanya juga di Kelantan, rumah tamu, rumah tumpangan, rumah rehat ini mempunyai ciri-ciri rumah. Contohnya, rumah banglo yang ada banyak bilik, rumah semi-D, deretan rumah, dan macam-macam lagi. Tapi kebanyakannya ialah banglo. Tapi, jangan bimbang, banglo-banglo dan rumah-rumah tumpangan ini dibina khusus untuk aktiviti perhotelan, maka soal diganggu penghuni lain kemungkinan besar tidak timbul.

Oleh kerana ia mempunyai ciri-ciri sebuah rumah, sudah tentulah ia mempunyai ruang perking yang luas dan cukup untuk menampung jumlah kenderaan pengunjung. Sebab tu ruang parking di guest house suma luas2 belaka.

Cuti sekolah akan datang, aku sudah boleh bayangkan pengunjung yang akan datang ke Kelantan dan kesesakan di Pengkalan Kubor, Rantau Panjang, Pasar Siti Khadijah. 🙂 Oh ya, kepada anda yang ingin berkunjung ke Kelantan, selamat datang ye.