Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Semalam saya pulang ke Kota Bharu setelah lebih sebulan duk pulun exam, exam tak habis lagi tapi sebab ada gap sikit saya pun balik rumah. Lebih kurang sebulan tu, ada banyak perubahan yang saya lihat. Sebelum ini, tak ada kedai perabot yang besar tu, tiba-tiba semalam ada…dan banyak lagi yang entah kedai apa lagi. Yang saya tahu jalan Machang-Kota Bharu tu sedang pesat berkembang. Maka beruntunglah sesiapa yang mempunyai hartanah di situ sebab sudah tentu hartanah di kawasan itu melambung tinggi, tambah pulah ECER yang baru dirasmikan beberapa hari lalu oleh Pak Lah.

Petangnya saya ke Kubang Kerian, lagi menarik ialah…rumah-rumah tumpangan atau budget hotel tumbuh macam cendawan lepas hujan (dan memang hujan ketika saya sedang menulis pos ini). Apa yang menjadikan pertumbuhan pesat dalam industri pelancongan di Kelantan kini? Saya tak pasti, apa yang saya pasti memang industri pelancongan di Kelantan sedang berkembang, tapi seperti yang kita tahu ini merupakan bisnes bermusim. Apabila musim kahwin, musim cuti sekolah..atau apabila ada event yang besar-besar maka occupancy rate di hotel-hotel ini akan meningkat.

Dahulu, bila orang buat bisnes cendawan, maka ramailah yang akan ikut buat bisnes cendawan, bila ramai yang bela ikan maka orang lain pun turut sama buat bisnes bela ikan, bila ramai yang bela ayam serama maka kita turut sama bela ayam serama..akhirnya ayam serama, ikan, cendawan mati sebab selesema hehe….saya tak nak lah perkara sama jadi macam itu.

Perniagaan bukanlah trend. Bukan juga fesyen.