Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Nampaknya cuti semester saya bermula hari ini, exam baru je habis petang tadi. Harapnya semua ok dan tak repeat mana-mana paper. Tolong doakan saya ye (betul ni, tolong doakan saya).

Baiklah, pos kali ini ialah tentang tip-tip untuk presentation atau perbentangan. Saya dapat tip ini daripada beberapa artikel dan saya akan kongsikannya di sini. Dahulu, saya juga bukanlah berani nak buat perbentangan di hadapan kelas atau bagi public speaking, tapi lama-kalamaan semua dah ok. Sehinggakan sekarang, saya tidak kisah kena buat perbentangan mengejut.

Sebagai seorang public speaker, apa yang paling kita nak elak ialah diam atau bunyi-bunyi seperti “emmm”, “saya…..”, “aaaa..” dan bunyi yang seumpamanya. Sebab bila kita mengeluarkan bunyi sebegitu, persepsi audience mula berubah. Mulalah mereka fikir kita tidak cukup bersedia dan kita dicop tidak tahu nak cakap apa. Bukan semuanya begitu tapi kebanyakannya begitulah.

Saya bukanlah public speaker yang bagus, jadi pos ini sekadar perkongsian maklumat dan pengalaman sahaja.

#Berlatih, berlatih, berlatih

Yang ni tak boleh nak elak dah, kita nak buat apa pun perlukan latihan. Tak mungkin buat untuk pertama kali dan jadi pro.

Berlatihlah di hadapan kawan-kawan anda (inilah yang selalu saya buat) atau berlatihlah di hadapan cermin (yang ni saya tak pernah cuba sebab cermin di bilik saya tak cukup besar). Berlatih di hadapan kawan-kawan ni yang bagus, anggaplah kawan-kawan anda itu umpama pensyarah atau audience yang sedang khusyuk mendengar ucapan anda, atau anggaplah mereka itu langsung tidak tahu apa-apa, atau anggaplah anda terlalu hebat sehinggakan mereka tak boleh bahas anda.

#Tarik nafas dalam-dalam dan lepas, tarik balik

Anda akan jadi lebih yakin. Biasanya apabila kita gementar, jangtung kita akan berdegup lebih cepat daripada biasa dan kadang-kadang boleh menjadikan anda mengah (walaupaun tidak jogging atau bersukan). Saya beritahu begini kerana saya pernah alaminya. Tarik nafas untuk beberapa kali dan jantung anda akan kembali ok.

#Pilihlah wajah-wajah yang anda mahu lihat

Jika anda buat presentation di dalam kelas, atau dalam majlis, atau di mana sahaja, pilihlah wajah-wajah audience yang anda mahu lihat. Sesetengah audience melihat anda dengan wajah berkerut, muka yang masam, tidak senyum, atau melihat anda dengan wajah yang serius sehinggakan anda terfikir “betul ke yang aku cakap ni?”. Jadi, jangan lihat wajah audience yang begitu. Pilihlah wajah-wajah yang senyum kepada anda atau mereka yang mempunyai raut muka yang tenang. Saya biasanya tidak melihat kepada pensyarah saya ketika presentation, tapi saya lihat wajah rakan-rakan baik saya🙂

#Buat nota kecil

Yang ni kena ada, walaupun anda sudah arif. Manalah tahu jika ada yang terlupa ke nanti. Tapi jangan kerap melihat nota. Hanya lihat apabila perlu sahaja.

# Jika lupa, Jangan Panik

Biasanya bila kita lupa, bunyi2 “emmm”.. akan keluar dari mulut. Tak apa, diam lah seketika untuk beberapa saat. Itu lebih baik daripada bunyi ”emmmm..” atau jika anda menguasai pentas, berjalanlah beberapa langkah di pentas itu sambil memikir ayat seterusnya. Ini menjadikan perbentangan anda nampak lebih lancar.

#Jika diberi pilihan untuk memilih tajuk, pilihlah tajuk yang paling sesuai dengan anda.

Masih ingat artikel saya teknik membaca berkesan? Saya mendapat tajuk kenaikan harga minyak kerana saya diberi pilihan untuk memilih tajuk tersebut. Saya tidak akan pilih tajuk masalah sosial atau pencemaran kerana saya tidak ada banyak pengetahuan tentangnya. Jadi, dapatkan tajuk yang sesuai dengan anda, maka anda akan lebih yakin sebab anda arif tentang perkara tersebut.

#Jadi pembentang pertama

Jika anda tidak bersedia untuk membuat perbentangan, jadilah orang pertama yang membuat perbentangan. Lagi lama anda menunggu, lagi ramai pembentang lain membuat perbentangan, lagilah anda rasa takut. Elakkan rasa takut dengan menjadi pembentang pertama.

#Beri penakanan pada main point

Beri penekanan kepada main point. Ekspresikan melalui mimik muka anda atau gaya bahasa anda, atau bahasa badan anda. Anda selalu lihat Karam Sighn Walia mengangkat tangannya bukan? Itu menunjukkan dia sedang serius menentang pencemaran. Anda juga boleh begitu.

#Akhiri perbantangan dengan ayat yang lebih baik.

Mana lagi bagus, anda tutup perbentangan anda begini “that’s all, thank you“, atau “i will adjourn here, assalamualaikum“. Saya rasa yang kedua lagi bagus.

Maka sehingga ini pos hari ini, sekian terima kasih.