Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Saya sering kali tidak puas hati apabila terpaksa membayar lebih untuk sesuatu barang yang saya beli. Maksud saya harga barang dinaikkan tak tentu pasal..suka hati dia je nak naikkan harga barang. Dahulu, ketika mula-mula belajar ekonomi, teori ekonomi kata apabila permintaan melebihi penawaran maka harga barang akan naik. Sebaliknya jika penawaran melebihi permintaan maka harga barang akan turun. Betul, tak ada orang sangkal teori ekonomi yang satu ini.

Apa yang saya tulis di sini  hanyalah pandangan peribadi daripada seseorang yang tak bertauliah. Dengankata lain, pos ini hanyalah sekadar buah fikiran daripada seorang budak.

Ketika harga barang naik, adakah selalunya permintaan melebihi penawaran? Saya tidak merujuk kepada harga barang terkawal ketika musim perayaan. Yang tu lain cerita. Maksud saya ialah apabila kerajaan mengumumkan akan menaikkan gaji kakitangan awam, maka golongan peniaga pun menaikkan harga barang. Padahal, gaji tak naik lagi. Dan apabila kerajaan mengumumkan bahawa gaji kakitangan awam dinaikkan, maka sekali lagi harga barang naik. Adakah wujud permintaan melebihi penawaran ketika itu?

Pernah pada satu hari minggu, saya dan kawan-kawan ke sebuah kedai menjual toto (setengah orang panggil narita, bukan naruto). Kawan saya ini orang Kedah. Saya berikan namanya Liza. Si Liza ini dengan loghat Kedahnya bertanyakan si penjual  “Mak cik, yang ni berapa harga?” si Mak cik tu jawab, “RM60”. Saya diam dan mengajaknya ke kedai lain kerana saya tahu itu bukanlah harga yang sepatutnya. Beberapa ketika kemudian, saya kembali ke kedai tadi dan sekali lagi bertanyakan harga barang tersebut. Si mak cik tu jawab, “Mak cik bagi RM55”. Adakah kerana kami (saya dan penjual) dari negeri yang sama maka saya diberi harga yang lebih murah. Tak patut betul.

Kadang saya fikir, golongan peniaga yang menyebabkan harga barang naik sebab mereka yang mahu naikkan harga barang. Mungkin mereka fikir, apabila kita berpendapatan lebih, maka kita sanggup membayar dengan harga lebih untuk barang yang sama. Padahal, tidak begitu. Mereka sebenarnya boleh memilih untuk tidak naikkan harga barang.