Label

, , , , , ,

Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Jika anda sebagai seorang penyewa rumah, apa yang anda mahu daripada pemilik rumah yang anda diami?

Sudah tentu tuan rumah yang baik dan tidak terlalu berkira dengan anda bukan. Ya, sebagaimana anda mahukan tuan rumah yang baik, tuan rumah anda juga mahukan penyewa yang baik. Baik di sini maksud saya ialah tidak menimbulkan masalah kepada tuan rumah.

Lebih kurang 6 tahun lalu, rumah semi-d yang dimiliki bapa saya (sekarang sudah menjadi guest house setelah membuat pengubahsuaian yang besar) sebenarnya disewakan kepada 2 buah keluarga. Mungkin kami kurang bernasib baik dalam membuat pelaburan ini (biasalah, buat apa-apa pun risikonya tetap ada). Penyewa-penyewa tersebut bukanlah jenis penyewa yang kami mahukan. Sepatutnya kami selidik dahulu latar belakang bakal penyewa sebelum memberi sewa, jangan tiru macam kami.

Akhirnya mereka berpindah, itu pun setelah berkali-kali saya meminta mereka berbuat demikian (mungkin mereka marahkan saya, kerana saya yang sering menyuruh mereka berpindah. Bapa saya seorang yang penyabar). Kami mahukan penyewa yang baik. Meninggalkan bil-bil air dan elektrik mencecah ribuan ringgit, tak apa. Kami masih boleh terima perbuatan sebegitu, tapi jangan rosakkan rumah kami. Jika anda jadi tuan rumah pun, anda tidak mahu penyewa anda merosakkan rumah anda kan. Saya pun sama lah.

Maka, setelah mereka keluar, kami terpaksa membaik pulih rumah tersebut dengan kos yang hampir sama membina sebuah rumah banglo 1 tingkat yang baru. Huhuhu. Melihatkan keadaan rumah yang dah ok dan kembali baru, bapa saya tidak lagi mahu menyewakan rumah tersebut tetapi mengubahsuainya menjadi sebuah budget hotel. Maka bertambahlah lagi kosnya. Tak apa, rumah tak rosak. Itulah sedikit sejarah penubuhan budget hotel kami.

Seorang lagi penyewa rumah kami, beliau seorang yang baik. Saya beri beliau lima bintang ***** sebab tak pernah lewat dan tidak pernah tak bayar sewa. Malah menjaga rumah tersebut dengan baik. Sudah bertahun-tahun beliau menyewa dengan kami dan saya respek orang macam ini. Mungkin nanti kami akan terkilan kalau beliau mahu berpindah.

Sekarang saya bercakap sebagai seorang penyewa rumah pula.

Saya menyewa rumah berhampiran UiTM Kelantan. Tuan rumah saya ini baik orangnya, rumahnya pun ok dengan pelbagai kemudahan yang disediakan. Penyewanya juga bagus. Hahaha. Cuma, apabila tuan rumah bersetuju untuk membayar bil-bil rumah (air dan elektrik) maka kita sebagai penyewa pun mulalah tidak berjimat menggunakan air dan elektrik. Dan juga, pemilik rumah yang berkerja ini kadang-kadang terlupa menjelaskan bil air dan elektrik sehinggakan pernah 1 kali, bekalan air dipotong dan juga 1 kali bekalan elektrik dipotong. Huhuhu. Harapnya perkara ini tidak berulang. Oh ya, saya menyewa rumah tersebut bersama beberapa orang rakan dan apabila cukup bulan, kami akan menelefon tuan rumah supaya datang mengambi bayaran sewa. Hairan juga tuan rumah tu sebab kami tidak bermasalah dalam bab ini. Apa nak hairan makcik‚ĶBagaimana kami memahami makcik, kerana kami juga pemilik macam makcik! Sekadar meminjam slogan daripada iklan minyak….Shell ke Caltex?

Jadi sebagai penyewa yang baik, maka kita akan buat perkara-perkara yang baik. Iaitu sentiasa membayar sewa dan tidak merosakkan rumah. Saya fikir inilah dua perkara yang paling digemari tuan rumah anda.

Pos akan datang, Lokasi Menentukan Harga.