Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Semalam saya baru pulang dari Kedah, apa yang menarik saya ingin kongsi di sini ialah tentang kawasan kediaman rakan saya. Saya ke sana sebab menghadiri majlis kenduri keluarga rakan baik saya. Di rumah beliau di Kuala Nerang..dibandingkan dengan kawasan kediaman saya di Kota Bharu..saya akui kawasan perkampungan itu memang menarik. Itulah pertama kali saya ke Kuala Nerang dan betul, saya dapat pengalaman menarik.

Di rumah kawan saya itu, karpet dihampar di beranda, kawasan rumah tak berpagar, tingkap tidak ada jeriji..dan kalau tinggalkan rumah tanpa kunci rumah pun tak apa. Sebab kat situ tak ada kes dadah. Oho, kalau di kawasan perumahan saya, tak da lah macam tu. Sekejap aja dah lesap. Di kawasan kediaman saya (jika anda orang Kelantan, anda mungkin tahu bahawa Berek 12 adalah kawasan yang tidak begitu elok..banyak kes dadah). Kalau tak kunci pintu atau pagar, pendek kata kebarangkalian untuk diceroboh itu tinggi.

Memang teruk kalau ada kes dadah dalam satu kawasan tu, saya ada bercakap dengan salah seorang rakan bapa saya. Beliau terlalu kerap tak dapat guna internet sebab kabel selalu sangat kena curi (kalau macam tu beliau kena guna 3G broadband lah). Penagih dadah punya kerja lah ni. Bukan sahaja kabel, malah cangkul dan selipar pun jadi mangsa gak. Saya juga dimaklumkan pengedar dadah tu pun orang kampung saya juga. Selalu kena tangkap, tapi selalu juga bebas. Macam mana tu?

p/s : Tahniah dan Selamat Pengantin Baru kepada Syarifah Nur Asyikin Binti Syed Yaziz Jamalullail..dan Kak Kilah, terima kasih atas layanan yang amat baik J