Label

, , , , ,

Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Hah! Nampaknya tajuk pos saya hari ini lain sikit. Saja nak bagi kelainan je ni.

Pos hari ini, tidak berkenaan baby investor, tapi lebih kepada aspek nak urus awak punya budget inn. Sebagai pengusaha rumah tumpangan atau budget inn, apa yang kita beri ialah kepuasan pelanggan. Menjadikan pelanggan selesa sepanjang percutian dan penginapan mereka.

Jika anda sebagai pelanggan pun, anda juga tentu mahukan perkara yang sama. Jadi, apa yang anda (sebagai pelanggan) mahukan, itu juga apa yang pelanggan anda mahukan dari anda. Dengan bahasa mudah, memastikan kepuasan pelanggan. Inilah antara perkara penting dalam perniagaan. Dan, anda tanyalah kepada mana-mana individu perniagaan, apa yang mereka mahu? Sudah tentu lah memaksimakan keuntungan dan meminimakan kos, bukan? Dalam kita nak maksimakan keuntungan itu, kualiti pun kena jaga juga.

Budget inn ke..rumah tumpangan ke..sama je tu. Penginapan selesa pada harga ekonomi. Mereka memilih penginapan sebegini bukan kerana nak jimat (walaupun ramai begitu tapi tidak semua begitu), mereka pilih untuk mendapat keselesaan dan biasanya mereka datang berkeluarga atau rombongan.

Bukan cadar yang ditukar setiap kali pelanggan keluar, tapi juga kebersihan. Macam iklan kementerian kesihatan tu lah, kebersihan harus diutamakan🙂 Jadi, kenalah kita utamakan.

Saya selalu beritahu pelanggan saya, ”bila dah sampai di Kota Bharu, hubungi saya”. Bukan apa, tak nak nanti mereka sesat dalam Kota Bharu sedangkan mereka dah letih sepanjang perjalanan mereka.

Baiklah, cukup dulu untuk kali ini. Kita sambung lain kali pula ye.