Label

,

Salam sejahtera pembaca Atoqa,

Lama saya tidak menulis untuk blog  ini. Huh, akhirnya ada juga luang untuk menulis. Pagi semalam saya bertemu seorang usahawan MLM. Beliau bertemu saya untuk menerangkan tentang perniagaan MLM nya, mungkin melihat saya sebagai prospek. Malangnya, beliau silap orang. Tapi, saya jumpa juga sambil mengisi masa kosong dan mendengar, sekurang-kurangnya tambah pengetahuan dan tambah kenalan. Hehe

Dah ramai usahawan MLM yang saya lihat berjaya dan jadi jutawan, mereka berjaya kerana mereka bekerja keras. Yaa, sesiapa pun akan berjaya jika bekerja keras dan rajin, tapi dalam buat apa-apa hal perlukan minat. Dan saya tidak berminat dengan MLM bukan disebabkan ciri-ciri MLM, tetapi saya berpendapat seorang usahawan MLM kalau nak berjaya kena betul-betul kerja keras. Ramai juga yang gagal kerana mereka ni cuma menjadi pengikut. Melihat orang lain berjaya dia pun duk sibuk nak buat sama. Akhirnya si pengikut ni gagal dan mula menyalahkan sistem MLM. Sebenarnya sistem dah betul, yang tak betulnya si pengikut tu.

Balik kepada lelaki usahawan MLM tadi, beliau berpendapatan antara RM250 hingga RM1400 sehari, bergantung kepada downline beliau. Huh, senangnya keje. Cari downline 2 orang dan pastikan setiap mereka itu juga mencari downline. Sistem piramid pun macam tu kan? Masalah saya cuma satu, saya tidak minat MLM. Saya melihat ramai di kalangan pelajar atau penuntut universiti yang menyertai MLM secara sambilan dan gagal mencapai target. Mereka masih belajar dan masa yang diperuntukkan untuk bertemu prospek juga terhad. Sedangkan, MLM lebih sesuai untuk mereka yang nak buat sepenuh masa (bukan saya kata tetapi lelaki itu yang kata, sebab itu beliau kini ada lebih 100 downline. Sebab beliau buat sepenuh masa dan juga minat).

Apabila kita buat sesuatu dengan minat, sudah tentu kita tak kisah memperuntukkan masa dan tenaga untuknya. Sehingga berjam-jam pun tak apa. Anda tak rasa letih atau susah untuk jemu. Sebab anda minat. Samalah juga dengan saya, saya hanya mendengar penerangan beliau untuk lebih kurang 30 minit dan meminta diri untuk pergi ke kelas. Tak sama seperti saya bertemu seorang pengurus dana dari sebuah syarikat tempatan baru-baru ini. Bercakap tentang forex dengan beliau, saya mencuri masa beliau untuk lebih 2 jam! Minat punya pasal, 2 jam berborak pun tak habis lagi. Itu pun sebab dah masuk maghrib. Tapi, bab MLM ni..maklumlah tak minat punya pasal, tak sampai setengah jam dah panas nak balik.