Sekarang ni antara pasaraya besar di Kota Bharu ialah TESCO, Billion, Pacific, Bilal (saya paling suka Pacific sebab mudah parking dan dah ingat tampat letak barang-barangnya, jadi jimat masa tak perlu tercari-cari lagi, lagipun dekat dengan rumah(….ini bukan iklan untuk pacific). Akan datang akan ada banyak lagi.

Tapi nak beritahu kat sini ialah persaingan harga. Ambik contoh bawang putih di antara 3 pasaraya tu dah turun sampai RM1 per kilogram. Jadi pengguna ni best bila ada persaingan sengit dan sihat macam ni, dan kadang-kadang pengguna lebih untung daripada penjual (ini pengalaman saya, pelanggan benar-benar mendapat lebih nilai untuk wang mereka). Dapat beli dengan harga rendah bila masing-masing dah sibuk bersaing. Yang ni bukan sahaja pada pasaraya tersebut sahaja, tengok Celcom, Maxis dan Digi. Sekarang ada pula Happy.

Awal-awal dahulu (ketika happy mula diiklankan di TV), saya terpikir apa benda happy ni. Iklan gelak-gelak macam tu, apa mesej dia. Kemudian, masuk website dia dan tahu oh rupanya satu iklan line tefon jugak…juga bersaing dalam bentuk harga.

Dua jenis bisnes ni, ada persamaan. Bersaing dalam bentuk harga. Macam dalam Porter’s Generic Strategies kata disebabkan stiff competition, menjadikan strategi peniagaan terbahagi kepada tiga jenis.

1) Cost leadership  – yang ni bersaing dari segi kos tapi masih menjaga kualiti juga. Peniaga bersaing dengan mengurangkan kos. Apabila kos dikurangkan, boleh lah jual dengan harga rendah ataupun harga sama dengan pesaing. Contohnya di Malaysia ni ialah Mydin, TESCO, Air Asia dan banyak lagi.

2) Differentiation – mengeluarkan produk yang unik, yang jarang orang keluarkan. Jadi persaingan kurang dan peniaga boleh jual dengan harga yang lebih tinggi. Tambahan pula pengguna tiada pilihan. Mungkin di tempat kita ni, ASTRO kot.

3) Focus – menumpukan kepada sesuatu jenis perniagaan. Niche la ni.

Prof. Michael Porter buat strategi itu dalam tahun 1985. Nampaknya teori yang sama usia dengan saya itu lebih relevan dan amat penting dalam dunia perniagaan hari ini. Dahulu pun dah penting, tapi sekarang ni lebih penting sebab perniagaan makin kompleks dan luas.