Label

, , ,

awal bulan 4 aku dah selesema. nasib baik. kalau sekarang aku selesema memang aku patut runsing. tapi sebab tak selesema, maka tak runsing la. cuma sedikit sebanyak..aku kena fikir juga. ada kesan kepada pelancongan. hua3 maksudnya aku terlibat? ontah laa

setakat ni, selesema babi dari mexico tu dah spread ke merata riti. china, taiwan dan korea menimbang-nimbang untuk mulakan kuarantin. dan sesetengah negara lain pula duk pantau pelancong-pelancong yang masuk ke negara mereka.

pelabur-pelabur pula sibuk menjual saham-saham dalam industri pelancongan. saham hotel. saham syarikat penerbangan. dll. aku agak saham syarikat ubat-ubatan atau syarikat pengeluar vaksin mendapat permintaan tinggi.

starwood hotel dan Resorts Worldwide Inc jatuh hampir 11%. carnival corporation jatuh 13.5%. delta airlines jatuh 14.3%. priceline dan orbitz worldwide inc are both waiving fees untuk tukar atau batalkan trip ke mexico. harga minyak turun sekitar USD 50 setong. saham-saham di bursa malaysia pun terjejas. malah pasaran saham asia pun macam tu juga. macam macam lagi lah.

itu semua cerita-cerita besar. company kecik yang kawan aku punya pulak, 2 famili, satu dr europe dan satu dari sepanyol dah batalkan lawatan dorang ke kelantan.

its ok. masalah macam ni memang tak boleh nak elak. bak kata lecturer aku yang nama prof khalil tu, “once you are in business, u may face benda-benda macam ni”. risiko yang kita-kita kena tanggung.

semoga selesema babi atau swine flu, cepat-cepat reda dan tidak ramai terkorban. minta dijauhkan dari diri kita, sanak saudara kita, rakan-rakan kita dan kita semua. ameen ya rabbi.

PS: awalnya aku fikir nama omputih selesema babi ni pig flu. rupanya swine flu. uh, aku tak pandai sangat bahasa omputih ni.