Label

,

hoho petang tadi masa duk drive nak pegi ke tapak bangunan baru aku ayah aku di paya rambai, aku terperasan ada satu restoren ikan bakar kat situ. jarak medan ikan bakar tu dengan rumah tumpangan aku ialah lebih kurang 500 meter, medan ikan bakar tu bertentangan dengan pusat hemodialisis macam yang tunjuk dalam peta ni.

menu restoren tu semuanya ikan bakar. tapi aku tak sempat ambik gambar. sebab tak da kamera ketika itu dan dua-dua belah tangan duk pegang stereng. aku cuma pandang je. bila sembang-sembang dengan abah aku, aiwah.. rupanya abah aku penah makan situ. dia cakap sodap. sos ikan bakar dia sedap jugak, sos tu dari besut. nanti aku pegi aku buat review restoren dia. tapi, aku jarang makan di luar.

mulanya aku nak upload gambar tempat makan yang selalu aku pegi dalam post ni, tapi disebabkan masalah celcom broadband aku yang kadang-kadang sakit urat ni..proses upload tak berjaya.

About these ads