har har har hepi aku pagi ni sebab dengar orang puji aku. kembang je hidung ni. tiap-tiap pagi, rutin harian aku ialah bangun tido, pastu bersiap dan makan pagi dan buat kopi latte dan pegi ke tempat keje  praktikal. aku parking kereta di wisma abrar dan berjalan ke bangunan pkink (bayar parking rm45 sebulan, anda nak parking situ pun boleh jugak). jalan sikit je, tak berpeluh pun. tiap-tiap pagi ada pakcik cleaner yg cuci bangunan situ. tiap-tiap pagi aku jalan keluar dari kereta akan nampak mereka itu.

dah dorang pandang aku, aku senyum dan angkat tangan je, lambai sikit je. macam biasa. pastu aku dengar salah sorang pakcik tu cakap pada kawan dia..”budak tu baik” wakaka itu je aku tulis hari ni. 

uwwah. pagi ni ada orang call aku tanya rumah untuk disewa di kelantan. pagi ni ada lagi orang call nak book rumah untuk 1 mei. 1 mei ni ada sua rasa di stadium sultan mohd IV. kalau ada masa aku nak pegi..tapi kemungkinan besar tak ada masa. btw, aku jangka hari ni hari yang sedikit sibuk. nak kena buat akaun bisnes aku dan satu company lain. nak update buku log yg dah sebulan outdated. nak pegi ke digi untuk matikan satu nombor telefon aku (bukan sebab digi tak bagus, tapi aku tak larat nak jaga banyak2 nombor..lagipun PDA aku tu tak best untuk call atau SMS sebab tak ada keypad).

oh ye, kawan aku pun dah ada blog skarang ni. personal blog. nak tengok klik sini. blog dia baru lagi. sama-sama kita tengok perkembangan blog beliau. fieza, update ah deh!