Label

, , , , ,

dua kali aku update blog ni hari ni. kerja aku hari ni dah beres dah. akaun2 aku dah settlekan, dah pegi ke digi centre untuk tamatkan nombor digi aku (tapi aku kena tangguh dulu proses penamatan atas sebab yang tak dapat dielakkan), dah pergi ke celcom centre upgrade plan celcom. sekarang ni aku duk berfikir-fikir untuk buat renovation untuk rumah tumpangan aku yang 4 bilik tidur tu. memandangkan aku ada banyak masa terluang pada bulan jun ni, maka bulan jun ini lah aku nak buat renovation sikit untuk rumah tu. tak banyak. sikit sahaja. aku bukan pandai design mendesign ni, tak macam eric.

rumah tumpangan yang 4 bilik tidur tu sebenarnya rumah yang paling best di kalangan rumah-rumah yang aku abah aku ada. sebabnya, rumah tu ada bilik besar (10″ x 20″ = 200 kaki persegi). bilik ni ada tingkap di sekeliling bilik dan yang bestnya ia mengadap sungai (tetamu aku panggil sungai ~ tapi aku panggil tali air🙂 ). pastu satu lagi bilik tidur mengadap kebun abah aku. kebun ke dusun? ada banyak pokok pisang situ. memang greenery surrounding. bukan aku yang cakap, tapi tetamu-tetamu aku yang cakap.

design macam mana yang aku nak buat ni? cat baru dan langsir baru, dan beberapa lagi benda lain yang akan aku fikir-fikirkan nanti. tapi jangan bimbang, apa-apa sahaja kemudahan yang aku tambah untuk rumah tu, aku tak akan tambah harga (kecuali kalau aku cakap aku nak tambah harga, tapi sekarang aku tak cakap nak up harga).

minggu depan nampaknya aku offline untuk seminggu, sebabnya aku akan ke pedalaman kelantan. kena masuk ladang, ladang tu bukan di kota bharu (di kota bharu tak ada ladang) tapi di daerah jeli dan jaraknya kurang 2 jam setengah dari kota bharu. ni la pertama kali aku masuk ladang, sebelum ni duk masuk kebun atau dusun abah aku di pengkalan chepa atau pun di panji yang luas setiap satu kebun tu tak sampai 1 ekar pun. di ladang tu orang pejabat aku cakap ada chalet, tapi tak taulah macam mana facilities chalet tu. tak kisah laa..aku bukan berkira sangat. ada tempat untuk tidur dan untuk sembahyang, ok la tu. (uwwah macam ada pengalaman jadi backpacker je)

jadi, disebabkan ladang tu duk di kawasan pedalaman..aku agak celcom broadband aku ni mungkin tak berguna. tengok la nanti macam mana. kalau aku update, maknanya aku boleh connect dengan internet. kalau tak boleh connect celcom broadband ni, aku tak update lah blog ni/blog tu/web aku yang lain. dan aku juga mungkin tak boleh login ke metatrader. mungkin juga aku tak dapat reply email dalam tempoh 24 jam (sebelum ni aku gerenti email replied within 24 hours kan?..nampaknya minggu depan aku tak boleh gerenti) allahu ‘alam

PS: Sempena SELESEMA BABI sekarang ini, Malaysia Airline System (MAS) dah cancel fee untuk batalkan penerbangan ke mexico kan? tangguh dulu la melancong ke luar negara buat masa ini. adik aku pun dah batalkan plan untuk pegi singapore hujung bulan ni. duk rumah aje la atau melancong saja dalam Malaysia yang permai ini.

PS: sebenarnya aku tak tau nak beza antara kebun dan dusun. tapi aku bagi gambaran macam ni ok. tanah tu abah aku tanam pokok-pokok kelapa jenis pandan. pastu ada lagi pokok-pokok mangga dan rambutan. tebu pun ada. durian tak ada. kadang-kadang dalam kebun atau dusun tu ada tumbuh cendawan butang. tapi tengok pada musim la, dia tumbuh sendiri. tak payah tanam. dah la, aku nak berkemas-kemas untuk outstation.