Label

, , , ,

Sekarang ni musim kemasukan ke semester baru universiti-universiti tempatan. IPTA dan IPTS (lebih awal kan).

Ni aku nak ucap tahniah kepada semua yg berjaya sambung pelajaran. Nik Nor Madihah best student Malaysia untuk SPM 2008 tu akan sambung belajar di Jordan dalam bidang fizik ~ bidang yang memang dia nak :-) Kepada Encik Rasdi yg satu-satunya anak pompuan beliau dapat sambung belajar di UTM (ke UIA? alamak aku lupa..sori En Ras), anak kembar bos aku, En Matt yg dapat sambung belajar dalam bidang perakaunan di UiTM Perak (Sri Iskandar), anak pompuan Pn Haliza yg dapat sambung belajar di UIA. Oh, esok mereka akan bertolak untuk hantar anak-anak mereka sambung belajar. Selamat jalan semua! Tak lupa juga kepada sepupu2 aku yg dapat sambung belajar juga. Belajar rajin-rajin ye!

Aku dulu pun macam tu juga. Di UiTM Arau. Parent aku hantar juga. aku nangis lepas dorang balik Kelantan. dua tiga hari, empat lima hari, enam tujuh hari lepas tu pun aku masih duk ingat rumah. itu yang aku nekad nak pindah balik kelantan. maklum aje la, tak penah duk asrama. nasib baik aku duk uitm yg ada banyak kampus cawangan. aku tak lama duk UiTM arau, sebabnya aku mohon pindah ke UiTM Machang. macam mana aku dapat pindah dan apa alasan kukuh & bukti kukuh yg aku “wujudkan”? aku tak nak cerita. itu semua kisah lama, zaman diploma..zaman aku budak-budak dulu, zaman aku nakal-nakal dulu.

skrg ni tinggal lagi 6 hari aku ada training di sini, lepas ni aku cuti satu bulan (bulan Jun). pastu ada lagi 1 semester terakhir. semoga aku grad degree ni on time. skrg aku dah tau minat aku dalam accounting ini. jadi akauntan aku kurang minat. doa-doakan aku jadi auditor. tapi abah aku lebih suka aku ikut jejak dia, jadi lecturer. masalahnya..aku tak bijak.

PS: gambar kat atas tu cuma sbg hiasan. tak da kaitan apa-apa pun. kalau anda (pemilik gambar) tidak mahu gambar anda berada di sini, hubungi saya di me@dikelantan.com dgn email subject, “asmaa comel, saya tak nak gambar saya di blog awak”.

& aku nak maklumkan kat sini, sape-sape yg sedang cari jawatan kosong di kelantan, skrg ni uitm ada kekosongan jawatan, banyak vacancies tu. http://www.kelantan.uitm.edu.my/