Label

, , , , , , , , , , , ,

yess! bangunan baru aku kami dah siap dan ready to accupy. tingkat bawah semua dah ada penyewa. ini menunjukkan pelaburan hartanah di kelantan (dan kat mana-mana pun) memang pilihan yang bijak. aku nak letak gambar bangunan kami tu kat sini..tapi bila di cari-cari dalam laptop ni, tak jumpa. heran betol! tak apa la nanti aku ambik gambar lain. tapi gambar aku ambik tak lawa, aku memang tak pandai snap snap gambar nih. tak macam helmy the freelance wedding photographer tu.

bangunan tu dua tingkat je, bangunan kaler kuning betul-betul berhadapan masjid paya rambai di jalan bayam kota bharu kelantan. berdekatan dengan sekolah maktab pengajian islam, kat bawah tu ada restoren, depan tu ada juga kedai runcit, hotel dan sebagainya. 

jarak bangunan tu dengan pasar berek 12 ialah lebih kurang 2 minit..kalau jalan kaki pun berpeluh sikit je (dengan syarat jangan lari, berjalan perlahan ok🙂 ) pastu jarak dgn wisma persekutuan, hotel perdana, hospital pakar perdana, medan usahawan, stadium ialah lebih kurang 2 minit jugak (driving la). jadi dari traffic light tu korang dah boleh nampak bangunan tu (sapa2 nak sewa dinding bangunan untuk pasang papan iklan boleh kontek aku). seriyes ni.

tingkat atas bangunan tu semuanya bilik. ada beberapa bilik (tapi lebih drpd 4, mungkin 5 mungkin 6 atau 7 atau lebih). setiap bilik luasnya 20″ x 20″ atau 400 kaki persegi. sekarang ni aku konfius tak tau nak buat apa dengan bilik2 tu. sebabnya setiap bilik tu ada bilik air. jadi aku fikir amat sesuai kalau jadikan bilik untuk disewa. tapi memandangkan lokasinya yg bagus, lepas difikir-fikir lagi dan mengambil kira pelbagai kos, kami pun membuat keputusan ia adalah bilik untuk disewa secara harian (bukan bulanan). kalau nak sewa secara bulanan kami dah ada bangunan lain di tengah-tengah bandar kota bharu.

bangunan ini juga belum lagi dikomersilkan. maksudnya aku belum lagi listkan ke laman web aku atau blog ini. dengan kata lain, itu adalah cawangan kami yg baru. tapi untuk tarikh 4, 5, dan 6 jun ini dah ada orang yg akan menginap. dengan berbesar hati nya aku buka pintu-pintu bilik untuk tetamu-tetamu aku. mereka ini adalah imam-imam dari kota bharu dan kuala lumpur, dan juga seorang ustazah yg akan menjadi tetamu pertama di bangunan tu. saja aku nak ambik berkat golongan imam..tak apa kan?