Label

, ,

capture_09062009_115615

eh eh eh pening betol aku dengan statistic blog ni hari ni.  blog ni dah jadi blog fisioterapi ke? abondo la yang korang cari ni??

dulu-dulu ~ aku pernah buat fisioterapi 5 tahun dulu. sebab aku jatuh motor pastu aku pergi hospital USM. doktor suruh buat fisioterapi. ada la setahun lebih aku duk ulang alik di Unit Fisioterapi di HUSM. Daripada situ juga aku belajar sikit-sikit tentang fisoterapi, baca buku-buku fisioterapi dan juga aku discover tentang chiropractic. Aku cuba cari pakar chiropractic di Kelantan, tapi tak ada. Ketika tu, pakar chiropractic yang aku tahu ada ialah di Damansara, tak silap aku nama dia Dr Wade. Sekarang ni pun belum ada pusat chiropractic di Kelantan. Sekarang ni dah tak pergi buat fisioterapi lagi dah. Sudah discharge. Tapi aku ingat lagi staf unit fisioterapi yg nama Susan, mesra betul dia tu. En Suhaimi..dan beberapa orang pelajar pelatih fisioterapi di situ. dan En Khalid staf di unit prostetik orthotik yang selalu aku sembang ngan dia. tapi sekarang dia dah berenti dan buat bisnes sendiri.

fisioterapi

sekadar gambar hiasan (tu bukan kaki aku)

Oh itu cerita lama..cerita yang aku tak nak ingat.

PS: Tahniah kpd sipu aku, fadhil yg sambung belajar dalam Diploma Fisioterapi di Masterskill Kota Bharu Kelantan. Dan tahniah juga kepada adik ipar abang aku, Hafizah yang sambung belajar dalam Diploma Fisioterapi UiTM. Congrates!