Label

, ,

tangan kiri aku gatal je dari petang semalam. betullah kata orang tua-tua, tu tanda nak rugi. dan memang rugi.

atoqa.com down sejak jam 7:45 pm malam semalam sebab kena hack,  iaitu June 15 2009. aku dapat tahu sebab ada orang call aku minta nombor akaun bank dan dia yang beritau aku yang dia tak boleh akses atoqa.com

Ini kali kedua dalam tempoh 12 bulan ini web tu down. sebelum ini iaitu pada bulan puasa yang lalu, atoqa.com down sebab server terbakar. dulu dan sekarang, server untuk atoqa.com duk di US. aku ada beberapa hosting akaun di Malaysia, tapi belum bercadang nak pindah akaun tu ke server di Malaysia. tengok la lepas ni aku mungkin pindah kot. atau aku mungkin beli domain dan hosting baru dan redirect atoqa ke tempat baru.

menjadikan masalah ni bertambah teruk, laptop aku baru lepas kena format dan latest backup pun tidak ada selepas format..rasa amat geram dan kecewa.

pengajarannya, aku kena pastikan sentiasa buat backup dan simpan backup baik-baik. semoga tidak berulang lagi di masa-masa akan datang.

update : dorang dah restore ~ sekarang dah ok🙂