Label

, , , ,

Ini cerita pasal cara nak pilih nama bisnes. minggu lepas ada orang tanya aku macam mana nak daftar perniagaan. aku cakap kat dia, encik pergi ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan isi borang daftar perniagaan. pastu dalam satu jam dah selesai la proses pendaftaran perniagan.

aku pun tanya la dia, bisnes nama apa? dia cakap XXXX Sdn. Bhd. aku tanya dia lagi, nak daftar perniagaan ke nak daftar syarikat? dia jawab, “nak daftar perniagaan la cik siti”..

weng weng weng

daftar perniagaan tak sama dengan daftar syarikat. klik sini untuk tahu macam mana nak daftar syarikat.

senang cerita hari ni aku nak buat notes untuk daftar perniagaan. next time aku tulis pasal daftar syarikat. tapi sebelum tu aku nak buat disclaimer. post ini hanya notes aku sahaja. sekadar notes dari pengalaman melakukan pendaftaran beberapa syarikat, ulang-alik dan naik turun Suruhanjaya Syarikat Malaysia..cuma dari pengalaman dolu-dolu.

cara mudah daftar perniagaan, korang pergi sahaja ke SSM dan beritahu kakitangan bertugas, “Saya nak daftar perniagaan”. Maka kakitangan tu pun mungkin tanya, “Nak guna nama sendiri ke atau nak guna nama lain?” pastu dia pun bagi borang.

# Jangan lupa bawa salinan fotostat kad pengenalan dan duit.

# Sekarang ini proses angkat sumpah di suruhanjaya sudah tidak diperlukan. oleh itu, jika nak buat perniagaan perkongsian, semua pekongsi perniagaan perlu hadir ke SSM. tidak boleh wakil. kalau 10 orang partner, semua 10 orang kena pergi.

kalau nama sendiri, contohnya nama aku “ali bin abu” maka daftar guna nama sendiri jadi macam ni “perniagaan ali bin abu”. yurannya ialah RM30.

kalau tak nak guna nama sendiri sbb nama sendiri tak ada nilai-nilai komersil, korang boleh guna nama lain, contohnya “The Guest Residence” atau “Kelhome Trading” atau “Dealkhan Enterprise” dan lain-lain lagi. yurannya ialah RM60. setiap satu cawangan yang kita ada, tambahan yuran rm5 untuk satu sijil daftar perniagaan.

tetapi, penggunaan nama lain ini bergantung kepada availability. dalam borang cadangan nama, kita diberi 3 pilihan cadangan nama. tapi kalau nak cadangkan lebih dari 3 pun boleh je,

contohnya, aku nak buat hotel, nama-nama yang bermain-main dalam fikiran aku contohnya:

  1. hotel perdana
  2. hotel grand riverview
  3. hotel best kelantan

nama yang pertama tu dan nama yang kedua tu tidak available sebab dah ada bisnes yang nama macam tu. yang ketiga tu yang available. jadi nama yang ketiga itulah yang akan didaftarkan.

nama-nama yang kita pilih ini pula mestilah nama-nama yang munasabah. ada sesetengah nama yang tidak dibenarkan digunakan langsung, ada nama yang perlu mendapat kelulusan menteri berkenaan dan sebagainya. yang ni boleh rujuk seksyen 22 akta persyarikatan malaysia 1965.

lepas tu hantar borang yang diisi tadi kepada kaunter dan tunggu sehingga sijil pendaftaran perniagaan siap.

PS: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Kelantan berada di tingkat 2,3 dan 4 Kota Sri Mutiara (atau lebih popular dgn nama bangunan billion @ hotel renaissance kota bharu)..tingkat 2 untuk urusan daftar perniagaan dan daftar syarikat. tingkat 3 untuk dapatkan maklumat perniagaan, perbaharui lesen perniagaan dsb. tingkat 4 tu ofis dia. boleh parking kereta dibawah bangunan Kota Sri Mutiara dengan caj RM2 sekali masuk.

PPS: Isi borang daftar perniagaan adalah amat mudah, dan panduan mengisi borang juga ada disediakan di papan kenyataan. jadi tidak perlulah membazir duit mengambil khidmat ulat-ulat di luar SSM bagi tujuan pendaftaran.

PPPS: Kalau tak nak pergi SSM, tidak mahu menunggu dan mencari parking, boleh juga daftar secara online di http://www.ssm.com.my/

next time aku tulis notes pasal daftar syarikat pulak.

View Larger Map

Ni gambar bangunan Kota Sri Mutiara

kota sri mutiara kelantan

Ini cerita  carian nama satu syarikat latihan penerbangan di malaysia ni.