Label

, , , ,

Minggu ni merupakan minggu ketiga semester Julai-November 2009. Semester lepas (Part 7) aku tak masuk kampus sebab buat latihan praktikal. Semester sebelumnya, iaitu semasa aku part 6..aku masih lagi ingat masalah air di luar kampus uitm machang.

Aku non-resident (NR), iaitu status bagi siswa atau siswi yang tidak menginap di kolej dalam kampus.

Masalah tu rupanya walaupun sudah lebih setahun, masih belum selesai malah bertambah teruk. Krisis air. Ketika aku part 6, ada juga aku hubungi Air Kelantan Sdn Bhd, dorang kata masalah air tu disebabkan paip bocor. Itu awal tahun 2008. Ini sudah tengah tahun 2009. Aku fikir bila balik ke kampus semester ini, masalah ini sudah selesai. Rupanya walaupun sudah setahun masih belum selesai malah bertambah teruk. Paip bocor lagi kah? Bengong betul kalau tak settle lagi.

Sepanjang semester ini, belum ada satu hari pun yang clear. Kalau ada air pun sebelah pagi..masuk jam 8 pagi air pun mula mengecil dan tiada. Kalau ada pun, air kencing lebih laju dari air paip!

Tapi yang betul aku hairan dalam kampus sentiasa ada air. Ini bukan sahaja rungutan aku seorang, malah rungutan majoriti rakan-rakan aku dan masyarakat setempat. Budak-budak dalam kampus amat didahulukan berbanding penduduk luar kampus. Air Kelantan Sdn Bhd menjadikan masyarakat luar kampus macam anak tiri walaupun kami bayar.

Ada aku terfikir untuk minta tuan rumah buat satu telaga, orang sini panggil “boring” yang pakai pam air tu. Masalahnya sini kawasan berbukit, kena gali paling tidak 100 kaki baru boleh dapat air yang bagus. Tuan rumah macam tak nak buat. 100 kaki itu amat dalam sebabnya di rumah aku di Kota Bharu cuma 35 kaki sahaja. Ish susah jugak. Sepanjang 2 minggu ni aku belum basuh baju lagi. Nampaknya baju-baju kotor tu aku kena bawa balik basuh di rumah aku di Kota Bharu atau hantar dobi di bandar Machang la.

Hmm…bil air bila kita tak bayar dia boleh potong. Tapi bila dia tak provide service yang sepatutnya kepada kita..kita nak potong dia jugak? Atau komplen kpd KPDN? Air Kelantan Sdn Bhd memang buat aku sakit hati. Aku tagkan kau kat sini! Encik webmaster jangan buat-buat tak tahu.

Monopoli kadang-kadang memang tidak bagus.

PS: atoqa is sweating hot in Machang.