Label

,

Hah memang lama betul tak update blog ini, blog lain sama juga. Sebetulnya aku lebih banyak update di facebook berbanding blogging. Tak mengapalah, bila lepas musim exam ni, banyak masa utk update blog. Boleh kembali berblogging lah.

Mulai 31 hb October ni, peperiksaan akhir aku akan bermula, iaitu kertas Strategic Management, dan diakhiri dgn Audit pada 15 November 2009. Semuanya ada 5 subjek yg tak perlu aku tulis kat sini.

Untuk kawan-kawan yang akan exam, selamat maju jaya aku ucapkan. Untuk adik-adik yang akan duduki SPM pun selamat maju jaya juga. Buat yang terbaik kay!

Omm..ni makluman utk pelajar tahun akhir mana-mana IPTA, kalau korang berminat, korang yg minat investment boleh usha website ni, http://www.upic.com.my. Ini program bawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Aku dah dengar taklimat dr orang UPIC ni khamis lepas, memang menarik giler program ni, tp dorang nak 25 orang utk satu universiti. Sapa yang dapat anda memang bertuah! Ha’a bertuah!

Atau website ni, Graduate Employability Management Scheme (GEMS) Ni ialah Program Perantisan Siswazah di bawah Khazanah Malaysia Berhad. Borang permohonan korang boleh download di sini http://www.mygemsportal.com.my/ pastu hantar borang lah. Boleh hantar online. Apa-apa pertanyaan korang tanya atau berhubung dengan Puan Dayana Md Ali (03-8883 6549), Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pengajian Tinggi

Satu lagi sapa2 yang hantu facebook macam aku ni dah tentu tak best dengan layout baru facebook kan? Jika korang tidak suka layout FB baru, korang dapat mengubahnya! Lihat pada menu pada sebelah kiri laman utama dan klik MORE. Kemudian seret/drag STATUS UPDATES ke bahagian atas senarai itu. Selepas STATUS UPDATES berada di atas, klik padanya. Ia akan menjadi laman utama korang, seperti sebelumnya. Kongsilah info ini dengan teman lain. (Kredit kepada Azzah Abd Rahman)

Oh banyak betul peluang sekarang ni, Grab iT!