Label

, , , , , , , , , , ,

Dah lama aku tak update blog ni. Sebetulnya aku “dimakan” sedikit demi sedikit oleh Facebook dan blog-blog aku yang lain. Dari post sebelum ini dan post ini, ada terlalu banyak berita yang pelik yang tempiasnya kena pada aku.

Beberapa hari sebelum ini Bank Negara Malaysia (BNM) keluarkan news supaya orang ramai berhati-hati dengan skim perdagangan mata wang asing secara haram. Aku seorang forex trader dan ada mengajar seorang dua tentang forex. Dua tiga orang yang bukan forex trader hubungi aku tanya komen pasal ini. Forex yg aku duk buat ini tidak berkait dgn news yg BNM keluarkan. Baca luahan aku di sini.

Hari ni pula seorang menteri suruh pemilik hotel buat semakan kembali harga hotel di Malaysia ini. Teori beliau mudah iaitu ada pelancong asing komplen mengatakan harga hotel di Malaysia ini murah dan mereka fikir bila murah maka perkhidmatan yg disediakan tidak bagus. Kerana itu menteri itu pesan, jangan undervalue diri kita.

Entah aku nak setuju ke tidak dgn cadangan beliau ini..oh ya, harga hotel di Malaysia ini tambahan pula Kelantan ni..aku rasa tidak masuk kategori mahal. Anda boleh baca komen orang lain yg aku jumpa di Facebook di sini. Aku malas nak komen panjang.