Salam Sejahtera Pembaca Atoqa,

Kelmarin saya menghadiri majlis reunion sekolah menengah saya dahulu. Memang seronok berjumpa kawan-kawan lama dan berkongsi pelbagai cerita. Alah, macam baisalah bila dah lama tak jumpa, maka banyaklah yang dibualkan. Dalam rancak berbual tu, ada seorang kawan bertanyakan tentang unit trust..dia tidak ada basic dalam pelaburan dan panjanglah penjelasan saya tentang unit trust..iaitu daripada introduction to unit trust, kelebihannya, kekurangannya dan lain-lain lagi. Panjang jugalah ceritanya.

Selepas itu, dia bertanya kepada saya, “berapa yang kena labur untuk permulaan?” saya jawab “RM1000 dan boleh buat tambahan pelaburan sebanyak RM100”. Dia pun terus kata.. “Banyaknya! Tunggu kaya dululah..”.

Sebetulnya saya terkejut dengan reaksi sebegitu. Itu baru cakap pasal unit trust, bukan bentuk pelaburan lain lagi. Kalau begitulah mindset kita, susah tau. Bila dah kaya baru nak simpan, itu tak betul. Sepatutnya simpan dulu baru kaya. RM1000 sebagai permulaan tidaklah banyak walaupun kita merupakan seorang pelajar. Iyelah, kan pelajar sekarang dapat pinjaman PTPTN. Andaikan setiap awal semester masuk RM2000++ untuk pelajar diploma, atau RM3000++ untuk pelajar sarjana muda. Peruntukkan RM1000 untuk labur, selebihnya simpanlah. Kalau tunggu akhir semester baru nak simpan, atau berbelanja dahulu kemudian simpan, alamatnya tak menyimpanlah.

Yang penting ialah buat peruntukan untuk simpanan dan simpan dahulu kemudian belanja. Kalau tunggu kaya baru nak simpan nak buat apa? Saya juga ada mengambil pinjaman PTPTN tapi jumlah yang saya terima (iaitu setelah ditolak yuran universiti) semuanya dilabur.

Memang patut rasanya subjek pengurusan kewangan diajar sejak dibangku sekolah lagi.