Label
kain batik indonesia, kain batik kelantan, kain sarung indonesia, kain sarung kelantan, kain sarung terengganu, senarai barang bersalin
Saya nak kongsikan tentang senarai keperluan barang ibu baru bersalin. Barang-barang ni kena letak dalam satu beg untuk dibawa ke hospital bila dah rasa nak bersalin.

- Kain sarung terengganu atau kain batik jawa yang selesa – pengalaman saya pakai kain sarung ni, yang selesa ialah kain sarung Terengganu dan Batik Jawa Tiga Serangkai. Yang kain sarung Kelantan tak selesa sebab kain licin dan kalau tak pandai ikat, boleh terlondeh dibuatnya. Mungkin kain sarung Kelantan tu lebih sesuai dijadikan kain untuk match dengan baju kurung atau kebaya (sebab kain licin).
- Kain lampin baby – prepare dalam 3 atau 4 helai. Boleh guna untuk bedung baby juga. Atau boleh guna untuk lap baby lepas mandi
- Pakaian baby 2 set sehari. Bergantung kepada berapa lama duduk di hospital. Macam saya, duduk 24 jam sahaja. So 2 pasang baju baby dah cukup. Jika duduk lama, tambah baju baby.
- T-shirt untuk ibu – kain cotton yang meresap peluh (2 helai sehari). Sebab nanti kita baru keluar susu badan, nanti takut susu tu kena pada baju so cepat masam atau bau susu.
- Lampin dewasa – saya rasa, pakai lampin lagi sesuai bagi ibu lepas bersalin. Senang, boleh terus kencing dalam pampers kalau susah nak berjalan. Lagipun, boleh jaga luka elok sikit. Kalau pakai pad, nanti luka tu tersentuh dengan pad. Sakit. huhu
- Tudung yang selesa. Instant bawal lagi elok.
- Towel untuk ibu – kalau nak mandi lah lepas bersalin.
- Lampin baby – bawa 1 bungkus terus sebab baby baru lahir kerap berak.
- Topi baby – supaya kepala dia tak sejuk lepas lahir. Penting untuk hangatkan kepala baby dan supaya dia rasa lebih selesa
- Sarung tangan baby
- Sarung kaki baby
- Stokin dewasa yang tebal – untuk kaki ibu bersalin.
- Powerbank dan handphone atau kamera yang penuh bateri. Kan nanti nak ambil gambar anak yang baru lahir tu 🙂
 




Anda perlu berdaftar masuk untuk meninggalkan komen.